Thursday, 10 November 2011

Wanita Idaman Lelaki by lurve4sale



Johan telah tekad untuk membina rumah tangga dengan kekasihnya Hana. Mereka telah menjalinkan hubungan serius selama 2 tahun. Namun hanya setelah beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan, mereka dapati mereka berdua tidak sepadan seperti yang mereka harapkan sebelum ini. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, mereka mengambil keputusan untuk berpisah. Untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali, Johan kini akan lebih berhati-hati dan agak cerewet dalam memilih perempuan untuk dijadikan teman. Dia inginkan perempuan yang sempurna di mata setiap lelaki iaitu mempunyai paras rupa dan potongan badan yang cantik. Bijak dalam menguruskan hal berkaitan keluarga, pandai memasak dan menjaga anak serta dapat menggembirakan hati Johan dan keluarganya.


Setiap Lelaki Layak Mendapat Yang Terbaik



Kenapa lelaki harus menerima perempuan yang cantik dari luarannya sahaja? Ada di kalangan wanita yang menganggap rupa paras yang cantik sudah cukup untuk menggembirakan pasangannya. Lelaki masa kini tidak lagi hanya memandang kepada paras rupa. Jadi, apakah ciri-ciri wanita yang dicari oleh lelaki masa kini?


Kebanyakan lelaki professional masa kini mencari wanita yang bukan sahaja cantik malah bijak, pandai berdikari dan mempunyai "sense of humour" yang tinggi. Ada juga dikalangan lelaki profesional yang gemarkan wanita yang pandai bersukan dan meminati aktiviti lasak seperti mendaki dan juga "scuba diving". Secara amnya, lelaki mencari wanita yang "all round".



Koleksi Teman Wanita



Jika kini anda sedang "in a relationship", berhenti dan berfikir sejenak. Tanya pada diri anda "Adakah teman wanita anda sekarang ini jenis perempuan yang akan anda kahwini ataupun tidak?" jika jawapannya adalah tidak, buat keputusan dengan pantas dan jangan bazirkan masa anda. Setiap saat yang anda lengahkan dengan membuang masa pada wanita yang salah adalah setiap saat anda yang hilang untuk mengejar wanita idaman anda.


Ciri-ciri Wanita Sempurna:


1. Wanita yang pandai berdikari :- Wanita pandai berdikari dan tidak bergantung kepada lelaki adalah wanita yang sangat sesuai. Ini akan mengurangkan beban yang ditanggung oleh pasangan di samping dapat mengurangkan kadar stress yang dialami oleh pasangan.


2. Mereka memberikan Ruang dan Kebebasan :- Ciri penting yang dicari oleh kebanyakan lelaki ialah perempuan yang memberikan mereka ruang dan kebebasan. Dalam bahasa mudahnya ialah perempuan yang tidak mengongkong. Ini kerana beranggapan bahawa sesebuah perhubungan itu tidak harus menjadi seperti sebuah kedai 7-11 iaitu 24 jam sehari/7 hari seminggu. Mereka perlukan ruang untuk bersama rakan-rakan dan juga melakukan perkara kegemaran mereka seperti bersukan, bertukang dan kegiatan luar yang mereka gemari.


3. Perempuan yang tenang :- Salah satu ciri yang amat disukai ialah wanita yang sentiasa tenang dan tidak menggelabah. Lelaki tidak suka pada wanita yang cepat melatah atau cepat menggelabah dan suka membesarkan isu yang kecil. Lelaki juga tidak suka pada wanita yang cepat menangis dan mengadu walaupun hanya terkena "paper cut" atau melecet pada kakinya. Wanita yang kerap menceritaka permasalahan yang dihadapi melalui laman Facebook atau Twitter juga tidak digemari oleh lelaki.


4. Boleh dijadikan kawan :- Lelaki sukakan wanita uang boleh mereka anggap sebagai kawan mereka. Contohnya apabila lelaki bercerita tentang bola sepak ataupunn kereta atau apa saja aktiviti kegemaran mereka, wanita tersebut tidak kekok dalam memberikan pendapat dan "chat along" dengannya. Barulah lelaki tersebut tidak merasakan seperti mereka bercakap dengan tunggul.


5. Hubungan seks merupakan suatu pengembaraan :- Kebanyakan wanita merasakan bahawa ianya memadai dengan hanya memberikan layanan seks kepada pasangan mereka. Akan tetapi bagi kaum lelaki, mereka suka mencuba perkara baru. Contohnya teknik- teknik baru ataupun kedudukan yang berbeza. Lelaki juga suka jika hubungan seks di kaitkan dengan unsur pengembaraan ataupun hiburan dan diselitkan dengan elemen "suprise". Ini akan membuatkan mereka lebih teruja dan terangsang dengan pasangan mereka itu.


Ciri-ciri di atas hanyalah SEBAHAGIAN daripada ciri-ciri yang dicari oleh kebanyakan lelaki profesional masa kini. Saya ingin tegaskan bahawa ciri-ciri di atas mungkin TIDAK dicari oleh SEMUA lelaki.  Lain orang, lain citarasa dalam pemilihan wanita. 

1 comment:

  1. ciri-ciri wanita sempurna yang dicari lelaki adalah subjektif...ciri- ciri di atas hanyalah "preference" penulis.

    ReplyDelete