Thursday, 24 November 2011

Jealousy~



      Atau dalam bahasa Melayunya bermaksud rasa cemburu. Macam mana pula dengan maksud perkataan Envy? Hmmm, lebih kurang je tapi digunakan dalam situasi yang berbeza. Yang penting maksudnya membawa ke arah sesuatu sifat yang “menyakitkan” dan mampu memusnahkan diri sendiri jika tidak dibendung dengan akal yang waras. Saya tidak mahu kupas lebih lanjut tentang maksud perkataan cemburu itu kerana saya percaya anda semua celik IT. Maka, Google! ya saudara saudari. Saya cuma mahu kupas mengenai jenis-jenis kes cemburu dan kesan yang dibawanya kepada manusia. Ada pendapat mengatakan cemburu adalah sejenis penyakit. Kalau sejenis penyakit, maka ia tidak bagus. Cemburu ini tergolong dalan salah satu jenis penyakit hati. Duduk bersama-sama dengan penyakit dengki, iri hati dan busuk hati. Package ya saudara saudari. Jadi elok jangan hampiri penyakit ini.




     Tadi, masa tengah makan ice cream di sebuah kompleks membeli belah yang terletak di ibu kota, ada satu drama berlaku. Sedang duduk di meja menikmati ice cream bersama-sama kawan baik saya, tiba-tiba ada satu drama berlaku di meja sebelah. Ada seorang ibu dengan 2 anak-anaknya yang pada pandangan mata saya berumur dalam lingkungan 8-11 tahun. 2 orang anak-anak itu makan ice cream perisa yang berbeza-beza. Tapi tiba-tiba yang sorang tu cemburu dengan adik dia sebab ice cream adik dia ada buah strawberry.

    
   “Kenapa aiskrim adik ada strawberry?” Dia bengang, dia ambil sebiji strawberry adiknya dan adiknya melaung menangis. Langsung bergaduh. Si ibu naik angin dengan kelakuan anaknya yang nakal itu. Maka mula membebel-bebel marah. Saya tidak curi dengar, tapi memang terdengar, sebab sebelah meja saja. Kata si ibu:


     “Abang kan dah pilih aiskrim pisang. Memang lah tak ada strawberry. Ada pisang.”

     “Nak strawberry jugak. Nak strawberry jugak.”

     Si anak terus buat perangai yang menguji kesabaran si ibu. Langsung si ibu bagi pelempang sebijik.

     Huh?? Terkejut saya dan kawan saya. Biar betul?? Peringatan!! Jangan tiru aksi ini. Saya tak tahu apa masalah dan tekanan yang dihadapi si ibu itu dalam melayan kerenah anaknya yang nakal itu. Tapi seriously, memang tidak diduga dia melempang anaknya itu. Adoi.. Itu contoh cemburu yang simple. Tengok, budak-budak pun dah reti cemburu walaupun cara dia cemburu itu memang patut diberi hadiah pelempang dengan ibunya. Cemburu yang bukan-bukan.


     Penyakit cemburu ini sebenarnya memang dah lama wujud. Disebabkan insiden si ibu dan anak-anaknya dengan ice cream tadi, saya tiba-tiba terfikirkan satu contoh cemburu yang sudah mula wujud sekian lama dahulu iaitu cemburu syaitan terhadap Nabi Adam a.s. Di mana syaitan sakit hati kerana disuruh sujud oleh Allah s.w.t kepada Adam a.s. Dan dia cemburu dengan darjat yang dikurniakan kepada Adam a.s. Sehingga menyebabkan dia dimurkai Allah.s.w.t. Disebabkan cemburu dan busuk hatinya itu, syaitan mula berdendam dan berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam.a.s.

     Serius nampaknya kes cemburu ini. Tapi betul ke cemburu ini menghala kepada yang negatif sahaja? Hmmm, nanti saya ceritakan. Saya mulakan dengan jenis-jenis dan situasi cemburu.

Kes Cemburu Nombor Satu:

     Cemburu dalam bercinta. Maksudnya cemburu dengan pasangan cinta anda atau suami/isteri. Selalunya orang macam ni punya perasaan tidak selamat dalam dirinya. Tidak yakin diri, takut pasangannya curang dan sebagainya. Paranoid. Ini adalah jenis cemburu yang sangat famous diperkatakan kerana kesnya banyak benar. Sampai dah naik lali dan bosan mendengarnya. Ada orang kata, tak salah cemburu dengan pasangan. Standard la tu. Saya kata, betul juga tu. Memang tak salah. TAPI!! Hmmm, ada tapinya. Tapi jangan cemburu melampau-lampau. Atau orang panggil cemburu buta. Sedarkah anda sekalian, cemburu buta boleh memusnahkan sesebuah hubungan cinta dan hubungan jiwa?

Contoh cemburu buta:

1. Cemburukan kawan-kawan pasangan anda. Selalunya yang perempuan akan cemburu dengan kawan perempuan pasangannya. Atau yang lelaki akan cemburu dengan kawan lelaki pasangannya. Tolonglah.. In here! Please!!

2. Cemburukan ahli keluarga pasangan. Pasangan hendak pergi kenduri jumpa sanak saudara pun nak cemburu ke? Hello? Ada sesiapa boleh tolong orang jenis macam ni tak?

3. Cemburukan pasangan sendiri. Pasangan beli kereta baru. Hang cemburu. Lantak pi la kat dia. Ada rezeki dan jodoh, jadi hak hang jugak nanti. Huhuhu..

4. Cemburukan privacy dan aktivit masa lapang pasangan. Bila pasangan pergi beriadah, bercuti, bergembira.. dia cemburu. Jenis tak boleh tengok orang bergembira dengan orang lain. Dia mula jadi tak sedap badan. Kalau nak gembira, gembira dengan dia saja. Tak boleh dengan orang lain. Asyik nak berkepit saja. Bit**!!



Saya tertarik dengan satu poem yang ditulis oleh Rose de Ramar;

Jealous Heart~

You’re tired
Yes you’re tired
Of her insecurity
That burns your soul
But how could you tame
The demon in her
Her struggle is harsh
Your battle is long
Both of you have no peace at all

Seriously, memang betul. Pada pendapat saya, hidup dengan seseorang yang kuat cemburu diibaratkan macam hidup dibelenggu dengan duri-duri melilit di badan. Jiwa tersiksa ibarat dalam “neraka”. Langsung tidak akan menemui ketenangan, kebahagian dan kebebasan. Malah setiap hari yang dilalui penuh dengan rasa serabut dan rimas tahap maksima. Maaf kalau perumpamaan saya ini kedengaran keterlaluan tapi jelasnya pada pandangan saya, memang begitu. Saya bercakap melalui pengalaman sendiri dan kawan-kawan. Saudara saudari, kuat cemburu itu akan membawa kepada cemburu buta. Tak ada bezanya. Hanya kemusnahan sahaja yang akan berlaku dalam hubungan ini. Jadi tolonglah.. jadi dewasa, beri ruang, beri kepercayaan dan senyum. Tidak susah pun.


Kes Cemburu Nombor Dua:

     Kes suka buat pasangan cemburu. Kes ini saya tak reti nak cakap apa. Saya pun tidak tahu apa yang orang macam ini fikirkan dan apa agenda orang ini. Mungkin niatnya ialah hendak menguji sejauh mana pasangannya sayangkan dia. Maka dia cuba-cuba hendak menguji tahap cemburu pasangannya dengan buat sesuatu yang bodoh. Pada dirinya, cemburu itu tandanya sayang. Kalau cemburu, sayang. Kalau tak cemburu, tak sayang. Ya ke? Hmm.. Apa-apa pun jangan salah langkah pula. Pada pendapat saya, semua tu tidak perlu. Tak payah lah nak uji-uji rasa sayang dan cemburu pasangan anda dengan melampau-lampau. Silap hari bulan, kawan tu cabut lari sebab rasa kamu tu serupa tidak waras dan tidak percayakan yang dia sayang kamu.





Kes Cemburu Nombor Tiga:

     Cemburukan dengan kawan/ rakan sekerja/ musuh/ bos... bos?? Ada kes:

     “Aku cemburu betul dengan bos aku tu. Dia ada secretary cun, seksi.. Aku tak ada.”

Huh? Seriously? (nyitnyitnyitnyit.. bunyi cengkerik dalam keheningan malam yang sunyi) Maksudnya saya terdiam, no komen lah. Serius memang tak tahu nak komen apa? Saya pun cakap:

     “Apa susah? Kau jadi lah bos.”

     “Macam mana nak jadi bos? Aku kan kuli?”

**tahu pon..

     “Berhenti lah kerja, buat bisnes sendiri, jadi bos, ambil sorang awek jadi secretary. Settle!”

     “Tapi aku tak berani la nak buat bisnes sendiri.”

Hmmmmmm.. HUH!!

     Nampak?? Ha, ini cemburu yang mengarut. Sebenarnya cemburu dengan kawan/ rakan sekerja/ musuh dan BOS ini boleh membawa kepada cemburu yang positif kalau otak kita berfikir secara positif. Contoh mudah;


1. Saya cemburu dengan kawan saya yang kurus kering. Maka saya nekad mahu kurus kering macam dia juga. Saya pun berusaha mengurus keringkan badan saya dengan cara berdiet seimbang dan bersenam sesedap rasa.

2. Saya cemburu kan kulit kawan saya yang putih melepak bak telur dikupas. Maka saya tanya, apa rahsianya? Dia kata mandi susu. Jadi habis semua susu kat Carefour saya balun sampai habis stock.

3. Saya cemburukan pintu pagar rumah jiran saya yang berwarna emas dan ada kejutan elektrik. Maka saya beli satu. Apa susah kan? Tapi tak sampai 3 hari, saya sendiri yang kena kejutan elektrik.

4. Saya cemburu kawan saya boleh buat banyak duit, hidup senang lenang. Maka saya berusaha mencari “lubang” untuk membuat duit. Malah saya akan pastikan duit-duit itu beranak-pinak sampai tujuh keturunan makan pun tak habis. Kalau lebih, lagi bagus. Rezeki jangan ditolak.

5. Saya cemburu dengan bos saya pakai kereta besar. Maka saya berhenti kerja. Buat bisnes sendiri dengan berjaya dan beli kereta lagi besar dari dia.

     Huhuhu.. ini contoh ya. Boleh nampak tak? Cemburu yang positif ini boleh membawa kepada peningkatan positif dalam hidup kita. Kita akan menjadi lebih kuat dan berdaya saing untuk menjadi lebih baik dan lebih baik lagi. Jangan asyik cemburu bodoh saja. Cemburu bodoh itu bermaksud cemburu tapi langsung tak buat apa-apa pun. Kesudahannya, cemburu sampai jadi sakit jiwa dan masuk hospital sakit jiwa.


Kes Cemburu Nombor Empat:

     Cemburu sesama adik beradik. Boleh rujuk kes ice cream kat atas. Ini perkara biasa. Maka peranan ibu bapa amat penting. Mereka perlu peka dan fikir sebelum bertindak. Kadang-kadang tu, ibu bapa tidak sedar mereka telah melebihkan yang itu dan itu sehinggakan mengabaikan yang ini. Macam tu lah. Cemburu sesama adik beradik boleh memupuk rasa dendam dan rasa tidak puas hati sesama adik beradik. Silap-silap rasa tidak puas hati itu akan kekal hingga anak itu dewasa. Malah tanggapan anak yang tersisih ini terhadap ibu bapa mereka pun akan jadi tidak elok. Maka, elakkan memilih kasih untuk mengelak masalah cemburu sesama adik beradik ini berputik di antara anak-anak anda.


Kes Cemburu Nombor Lima:

     Cemburu sesama jantina. Biasanya, secara jelas dapat dilihat dan selalu didengar ialah; Makhluk berjantina perempuan ini memang suka cemburu sesama mereka. Saya kurang faham dengan sikap mereka ini kerana bila berdepan dengan topik cemburu sesama jantina ini, saya baru sedar bahawa saya tidak cukup feminin untuk cemburu dengan sesama jantina saya. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin saya jenis blur. Berbalik kepada cemburu sesama jantina, ianya sangat menjengkelkan. Contoh:

     Cemburu suami orang lebih handsome, tinggi lampai dan badan ketul-ketul, kerja bagus, pandai cakap 7 bahasa, pandai pandu kapal selam dan macam-macam lagi. Hmmm, tolonglah! Itu suami orang lain. Jadi tak payah ambil tahu. Tolonglah berpijak di bumi yang nyata. Bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepada anda. Suami anda adalah yang terbaik untuk anda. Jangan nak mengada-ngada

     Tapi saya tidak kata kaum perempuan saja yang suka cemburu dengan kaum sejenis. Kaum lelaki pun tidak terkecuali. Cuma kita jarang dengar sebab mereka ni, kalau cemburukan kehebatan sesama jantina mereka, mereka akan diam saja. Simpan dalam hati.




Kes Cemburu Nombor Enam:

     Cemburu nombor enam saya panggil cemburu klasik sebab saya tidak tahu nak bagi nama apa. Cemburu klasik ini selalunya berlaku tanpa kita sedari dan selalunya ia jenis cemburu yang lucu dan tidak masuk akal. Contoh cemburu klasik ialah;

1. Saya cemburu dengan kucing saya. Kan best kalau jadi kucing, tak payah kerja.

2. Saya cemburu dengan pokok. Hidupnya tenang dan tak payah fikir pasal dosa pahala.

3. Saya cemburu dengan kereta boyfriend saya sebab hari-hari boyfriend saya duk belai kereta dia tu. Malah saya rasa boyfriend saya lebih sayangkan kereta dia itu daripada saya.

     Hahahaha.. contoh juga ya. Jangan ambil serius yang part boyfriend tu. Ianya satu jenis cemburu yang kita tidak boleh buat apa-apa pun. “Mereka” yang tidak berakal atau bernyawa itu tidak bersalah apa-apa pun dengan kita. Jadi, secara bijaknya tak payah cemburu dengan kucing, pokok dan kereta itu.

Kesimpulannya:

     Cemburu ialah sejenis penyakit hati yang dasyat jika tidak dibendung dengan baik. William Shakespeare menggambarkan cemburu itu sebagai Green-Eyed Monster. Gambaran itu seperti ingin memberitahu bahawa hodohnya sifat cemburu itu.Ia sangat merbahaya dan mampu memakan jiwa seseorang itu dari dalam. Ia ibarat musuh dalam selimut. Kerana penyakit cemburu ini, manusia akan menjadi musuh kepada dirinya sendiri dan semestinya menjadi musuh kepada orang yang dia cemburui itu.


Iago:
O, beware, my lord, of jealousy;
It is the green-ey'd monster, which doth mock
The meat it feeds on. That cuckold lives in bliss,
Who, certain of his fate, loves not his wronger:
But O, what damnèd minutes tells he o'er
Who dotes, yet doubts, suspects, yet strongly loves!
Othello:
O misery!

**Seperti biasa, kita tidak boleh berlebih-lebih dalam setiap perkara. Begitu juga cemburu..


~LoveMeLoveMeNot~












No comments:

Post a Comment