Sunday, 6 November 2011

Cinta Untuk Dijual- # 1~

Panggilan.

     Here Without You, dendangan 3 Doors Down berkumandang dari stereo kereta. Aku suka lagu ini walaupun ia bermood biru, maksud aku mood sedih. Bagaimanapun, malam ini ia mampu memberi mood yang agak baik kepadaku, bukan mood sedih. Aku tahu kenapa. Semestinya sebab Angelina, si bidadari dari Rusia yang meliuk lentuk di sebelahku ini. Namun kebiasaannya pun memang aku sentiasa berada dalam mood yang baik dan terkawal. Seharusnya, lelaki sejati perlu sentiasa tenang dan bijak mengawal mood dan emosinya. Aku memandu dengan kelajuan yang dihadkan walaupun hati terasa mahu cepat sampai ke rumah.


     Dalam tenang aku cuba mengawal apa yang patut aku kawal. Angelina yang duduk di sebelah kiriku pula langsung tidak boleh duduk diam. Tidak cukup mencium pipiku, dia menggesel-gesel hidungnya ke telingaku sesuka hatinya. Sempat juga dia gigit manja telingaku. Jari jemarinya tidak payah ceritalah. Aku berikan dia kebebasan. Aku memandu dengan senyuman dan membiarkan saja dia lakukan apa yang dia mahu ke atas tubuhku ini. Dan aku pula hanya perlu fokus kepada pemanduanku supaya kami selamat sampai ke rumahku. Jangan bimbang. Aku memang pakar memandu dalam “tekanan” sampingan seperti ini. Tiada masalah. Angelina nampaknya begitu enjoy dengan “tugasnya”. Aku pula kekal cool. Memberi sepenuh kepercayaan kepada Angelina yang baru 3 jam lepas aku kenali di set pergambaran iklan komersil wangian lelaki jenama antarabangsa. Angelina ialah pasanganku dalam iklan itu. Kami saling tertarik di set dan semestinya aku akan pastikan tarikan antara kami ini dibawa ke peringkat yang lebih intim bila sampai di rumah aku nanti.


     Tiba-tiba Blackberry Curve aku berbunyi di saat Angelina mengusap dadaku ini. Entah bila masa Angelina membuka 3 butang bajuku, aku pun tidak sedar. Maklumlah, aku sedang fokus memandu dengan berhemah.


     “Hmmm!!” Aku menjawab panggilan tanpa memegang Blackberry Curveku. Hmmm dengan tanda seru, bermaksud aku bengang bila dengar suara di hujung sana. Walaupun aku bengang, aku tetap mengawal tone suaraku. Sebab aku bukan jenis yang suka marah-marah. Aku diam 10 saat.


     “Kenapa mesti sekarang?” Aku diam 5 saat.


     “Kau settlekan lah sendiri. Aku ada hal penting nak buat.” Aku menjawab sambil memandang ke arah Angelina yang sedang tersenyum seksi dan memandangku dengan renungan manja. Tetapi suara di hujung sana seperti tidak faham bahasa. Aku terus berdolak-dalih dan memberi macam-macam alasan.
    
     “Aku ada kerja penting. Titik!”

Menjejak Siti.

     Apa yang berlaku malam ini benar-benar mendukacitakan aku. Aku tidak sangka kesudahannya begini. Angelina, si model berdarah Rusia itu aku lepaskan tanpa sempat aku lakukan apa-apa bersamanya. Angelina nampaknya kecewa. Aku lagilah kecewa. Aku hantar Angelina balik ke rumahnya dengan selamat. Seratus peratus selamat. Angelina sempat mengucup bibirku beberapa saat dan berpesan supaya aku hubungi dia bila-bila masa. Aku angguk pasti. Tragedi begini memang selalu sangat berlaku dalam hidup aku. Puncanya datang dari pelbagai sebab. Tapi malam ni puncanya datang daripada Sean. Dia memang tak boleh tengok aku hendak bersenang-senang sikit. Mesti hendak mengganggu dengan insiden-insiden yang kadang-kadang memang tak masuk akal. Pendek kata aku syak Sean itu memang suka tengok aku menderita dengan insiden-insiden klasiknya.


     “Bro, Siti belum balik rumah. Macam mana ni bro? Ani dan Abu lapar ni. Kesian aku tengok diaorang nangis ni. Siapa yang nak bagi susu?”


     “Kau lah bagi susu.”

     "Aku tak ada."

     "Habis kau ingat aku ada?"

     "Bro.."

     "Aku ke sana pun bukan aku boleh bagi Ani dan Abu susu.”


     “Aku tak suruh kau datang sini bagi Ani dan Abu susu.”


     “Habis tu?”


     “Aku nak kau temankan aku pergi cari Siti. Aku takut nak pergi cari sorang-sorang. Kawasan ni gelap. Kalau Siti tak balik juga malam ni, aku bimbang Ani dan Abu mati. Aku tak nak...”


     “Ye lah.. ye lah..” Aku mengalah sebab malas nak dengar Sean cakap banyak-banyak. Lagi pun bila terbayangkan Ani dan Abu, aku jadi simpati. Aku mengaku, naluri kebapaan dan rasa kasih sayang memang kuat dalam jiwa aku. Walaupun aku masih belum bergelar bapa. Maka aku korbankan rancangan untuk berseronok-seronok dengan Angelina malam ini.


     Aku sampai depan rumah Sean. Pintu pagar terbuka secara automatik. Sean membuat isyarat supaya aku masuk parking dalam kawasan rumahnya. Aku memandu masuk dan parking kereta aku di sebelah Lancer milik Sean. Belum sempat aku matikan enjin, dia sudah tercegat di tepi pintu keretaku. Aku keliru melihat Sean memikul sebuah beg. Apa hal dia ni dengan beg bagai? Nak pergi cari Siti ke nak pergi berkhemah? Namun aku biarkan saja persoalan aku itu terbang bebas tanpa jawapan. Muka Sean nampak cemas. Nampaknya kehilangan Siti benar-benar mengganggu emosi Sean.


     “Macam mana boleh jadi macam ni?” Aku bertanya sebaik menutup pintu kereta.


     “Aku pun tak tahu. Selalu petang-petang Siti lepak kat depan-depan ni je. Kalau aku panggil mesti dia masuk rumah. Tapi siang tadi aku panggil-panggil, dia tak masuk.” Muka Sean cemas dan kelihatan buntu. Aku geleng kepala memandang dia.


     “Jom lah. Nak start cari kat mana ni?”


     “Kita start kat taman depan tu.” Sean pandang ke dada aku beberapa saat.


     “Okey..” Aku pandang dada aku juga. Owh, terlupa hendak butang balik 3 butang bajuku yang Angelina buka tadi. Dengan selamba aku butang balik 2 butang. 1 butang aku biarkan. Kerana pasti akan terasa panas ketika mencari Siti nanti.


     “Jom.” Sean keluarkan satu lampu suluh dari beg sandangnya dan hulur kepadaku. Owh, beg itu ada lampu suluh di dalamnya. Aku faham sekarang. Aku tekan butang ON dan lampu suluh menyala. Sean lakukan perkara yang sama dengan muka yang masih kelihatan risau. Kami melewati taman permainan di kawasan perumahan Sean sambil menyuluh-nyuluh ke setiap kawasan.


     “Siti..Siti..Siti..” Sean terus memanggil nama Siti. Sambil membuat bunyi berdecit-decit.


     Aku tidak buat perkara yang sama. Malas lah. Rasa macam tak cool pula. Kalau fans aku tahu, rosak reputasi aku sebagai seorang lelaki maskulin.


     “Kau panggil lah juga nama Siti. Buat macam aku buat.”


     “Eh, tak nak lah.” Aku menolak. Sean diam. Dia faham perangai aku.


     “Siti.. Siti.. Siti..” Suara Sean makin kuat. Aku suluh muka dia. “Kenapa?” Dia tanya, pelik.


     “Kau nak suruh satu kawasan perumahan ni tahu kau cari Siti?”


     “Kalau aku panggil perlahan, nanti Siti tak dengar.”


     “Hmmm.” Aku buat muka serius. Logik juga. Aku nak tergelak sebenarnya. Tapi aku pendamkan. Tak ada mood sebab aku masih terbayang-bayang wajah dan tubuh seksi Angelina. Kalau tidak kerana Sean yang kehilangan Siti, pasti sekarang aku sudah melayang ke syurga bersama Angelina si gadis Russia.


     “Heh, kenapa senyum sorang-sorang?”


     “Err, tak ada apa-apa.” Aku berhenti tersenyum yang aku sendiri tidak sedar aku sedang senyum.


     “Aku rasa Siti tak ada kat sini lah. Jom kita cari kat belakang sana.”


     “Okey.” Aku menurut sahaja. Lagi pun aku tak ada apa-apa idea nak di ketengahkan. Aku juga masih tidak ada idea kenapa aku berada di sini, menemani Sean mencari Siti sedangkan sepatutnya aku berada di rumah aku bersama Angelina, di atas katil.. Atau di bawah katil.. Atau di mana-mana saja ruang dalam rumah aku.


     “Siti, mana Siti ni. Siti jangan buat papa macam ni. Susah hati papa Siti hilang macam ni. Kat rumah tu, Ani dan Abu menangis, lapar. Siti tak kesiankan Ani dan Abu ke?” Sean seperti sedang merintih. Aku pandang Sean. Serius aku rasa nak tergelak dengar Sean bercakap sorang-sorang. Perkara itu bukan asing pada aku. Tapi ia tetap mengundang rasa lucu di benak aku.


     “Aku rasa Siti ikut boyfriend ni.”


     “Eh, mana boleh macam tu. Baru je seminggu beranakkan Ani dan Abu, mana boleh ikut boyfriend. Aku tahu Siti tak macam tu. Siti tak balik ni mesti ada sesuatu jadi kat dia. Kau jangan nak tuduh-tuduh macam tu.”


     “Ish! Tak mustahil apa. Mungkin dia rindukan boyfriend dia.” Aku buka satu lagi butang baju. Rasa panas pula berjalan sambil menjejak Siti ni.


     “Siti bukan macam tu.” Sean tetap pertahankan akhlak Siti. Aku diam. Malas hendak berdebat. Aku kira isu Siti dan boyfriend ini tidak sepatutnya didebatkan oleh lelaki cool macam aku. Aku biarkan Sean terus memanggil-manggil nama Siti dan membuat bunyi berdecit-decit. Sudah lebih satu jam kami cuba menjejak Siti. Aku kagum dengan Sean yang langsung tidak putus asa. Melihatkan Sean, aku jadi insaf juga. Kuat betul pertalian jiwa Sean dan Siti.


     “Aku haus la.” Aku bersuara. Memang betul aku haus.


     “Nah.” Sean hulur sebotol air mineral 500ML yang baru dikeluarkan dari beg sandangnya. Aku sambut. Sekali lagi aku faham kenapa dia bawa beg sandang itu.


     “Thanks.”


     “Aku bawa air sebab aku tahu kau memang jenis minum air banyak dan cepat haus.” Dia menjawab soalan yang aku tak tanya pun. Bagus betul Sean ni.


     “Apa lagi yang ada dalam beg kau tu?” Aku sudah tidak boleh tahan dengan perasaan ingin tahu aku tentang isi beg sandangnya itu.


     “Roti. Roti Tuna. Marble cake pun ada. Kuaci. Kau nak?”


     “Err, tak payahlah. Tangan kotor ni. Lagi pun aku tak lapar.” Dalam hati aku berbicara sendiri- Kuaci?? Biar betul mamat ni? Aku geleng kepala sendiri. Macam nak pergi berkelah!! Daya imaginasi aku yang aktif dan kreatif mula membayangkan aku dan Sean sedang berkelah. Oh tidak!


     “Ris, macam mana kalau Siti betul-betul hilang? Kalau Siti tak balik-balik? Macam mana dengan Ani dan Abu yang baru berusia seminggu tu? Mungkinkah aku akan kehilangan ketiga-tiga mereka sekali gus?” Sean mula pesimis dan berura-ura hendak putus asa. Aku sedih mendengar kata-katanya. Tipulah kalau aku kata tak sedih. Aku pun manusia yang punya hati dan naluri. Lagi pun aku kenal Siti dari Siti kecil lagi. Masa Sean jumpa Siti pun, aku ada sama masa tu.


     “Apa kau cakap ni? Siti tak ke manalah. Dia tak pergi jauh. Aku yakin dan pasti Siti akan balik. Walaupun ini kali pertama Siti tak balik rumah, tapi aku yakin, ini bukan perkara pelik. Percayalah, Siti akan balik.” Tiba-tiba terasa sesuatu bergesel-gesel di kaki aku. Aku hampir terkejut dengan pergerakan itu. Disebabkan aku jenis yang berfikir sebelum bertindak, maka nasib baik aku tidak terus menyepak sesuatu yang bergesel-gesel itu sebelum melihatnya. Aku melihat ke bawah. “Sean, Siti!!” Wah, kini aku teruja.


     “Siti??” Sean langsung terkejut mendengar aku sebut nama Siti. Dia lihat ke arah kaki aku dan langsung seperti rancangan Jejak Kasih, Sean mendapatkan Siti dan mendukungnya.


     “Ha, kan aku cakap. Siti tak ke mana.”


     “Siti kenapa buat papa macam ni? Papa risau tau. Papa dah risau fikirkan nasib Siti. Nasib Ani dan Abu kat rumah tu.”


     “Eh, sudahlah. Tak payah nak buat drama awal-awal pagi ni. Jom balik.” Sean mengekori aku. Kerana dia mendukung Siti, maka aku ambil alih mendukung beg sandangnya. Untuk pengetahuan semua, Siti ini seekor kucing betina yang teramatlah montel dan berat. Aku kurang periksa apa benda yang Sean bagi Siti makan. Tapi Siti benar-benar berbeza saiznya semenjak dijaga Sean.


     Di rumah Sean, aku lihat Siti terus berlari mendapatkan anak-anaknya. Siti terus masuk ke dalam kawasan yang memang Sean khaskan untuk Siti anak-beranak. Di sini aku masih tertanya-tanya mengapa Siti tidak balik rumah dengan sendiri? Mungkinkah benar Siti sesat tak jumpa cari jalan balik? Macam tidak logik saja sebab tempat aku dan Sean jumpa Siti tadi tidak lah jauh sangat. Tidak sampai pun 100 meter dari rumah. Adakah Siti benar-benar sesat atau Siti malas hendak berjalan balik sendiri? Nak juga suruh Sean datang cari dia. Melihatkan fizikal Siti yang gemuk itu, tak mustahil Siti tidak larat nak jalan balik rumah. Sebab tu dia tunggu je Sean datang cari dia. Sebab dia tahu, memang Sean akan datang cari dia. Tiba-tiba aku jadi sakit hati dengan Siti. Sebab Siti yang gemuk dan pemalas nak jalan balik sendiri ke rumah, aku terpaksa korbankan “masa emas” aku bersama Angelina.


     “Siti sesat. Kesian dia. Sebelum ni mana pernah Siti pergi jauh-jauh. Paling jauh pun luar sikit je dari pagar depan tu. Aku pun tak pernah tengok dia ada kawan. Jadi, macam tak logik pula Siti ikut kawan keluar berjalan.” Sean memberi jawapan kepada soalan yang bermain dalam fikiranku. Macam tahu-tahu je.


     “Mana boleh tak ada kawan. Kalau tak ada kawan, tak adalah dia mengandung dan beranakkan Ani dan Abu tu.”


     “Betul jugak tu. Aku masih anggap kes Siti memgandung ni misteri. Sebab memang aku tak pernah tengok Siti ada kawan. Tapi aku tak kesah. Sekurang-kurangnya aku yakin bapa kepada anak-anak Siti ni dari baka baik. Kau tengok la bulu dan warna Ani dan Abu tu.”


     “Ya lah.” Serius aku tak tahu apa nak cakap dah. Dengan sebotol air mineral masih di tangan, aku jengah melihat Siti dan anak-anaknya. Siti sedang menjilat anak-anaknya yang sedang menyusu itu. Melihatkan situasi itu, aku tak jadi nak terus marahkan Siti. Mungkin betul Siti sesat. Aku maafkan Siti walaupun aku masih lagi terbayang-bayangkan tubuh seksi Angelina tadi. Ani dan Abu nampak gelojoh. Mungkin tersangat lapar setelah lebih 12 jam ibu mereka tidak balik. Sesekali Siti memandang aku dengan sepintas lalu. Siti jenis yang pendiam. Jarang aku dapat dengar suara Siti. Siti hanya suka meleset-leset di kaki dan mengendeng-ngendeng di riba tanpa membuat bising. Sesungguhnya aku tidak pernah jumpa seekor kucing yang sungguh pendiam macam Siti. Tidak semena-mena aku senyum melihat pemandangan itu.


     “Sean, aku nak balik.” Aku melaung dari bawah. Sean berada di tingkat atas. Mungkin mandi dan menukar baju. Maklumlah, rancangan Jejak Kasih tadi membuatkan badan kami berpeluh-peluh dingin.


     “Woi, apa kes nak balik? Tidur sinilah. Esok bukannya kerja.” Sean bersuara dari atas. Bila Sean sebut esok bukannya kerja, serta merta aku teringatkan Angelina. Sebab esok tidak kerjalah aku nak bawa Angelina balik rumah aku. Supaya aku dan Angelina boleh menghabiskan masa berdua sepuas-puasnya.


     “Tak nak lah. Aku nak balik.”


     “Ni mesti ada awek dah tunggu kat rumah.” Sean senyum nakal ketika menuruni tangga. Konon!! Dia sudah tukar pakaian.


     “Tak ada lah. Aku nak balik mandi, tidur.”


     “Woi, tak jantan lah macam tu. Angkat satu awek bawa balik la bro. Muka sikit punya kacak, malam minggu tidur sorang? Apa barang?”


     “Banyak cakap pulak kau ek? Cakap orang.. Kau lah pergi cari satu.”


     “Eh, aku dah ada. Tu, kat sana. Tengah menyusukan anak-anak.”


     “Sial..” Aku gelak, Sean gelak.


     Langsung kemudian aku hidupkan enjin keretaku dan berlalu meninggalkan kawasan perumahan Sean. Terdetik di hati untuk cuba menghubungi Angelina. Mungkin gadis Russia itu masih belum tidur. Namun aku padamkan niat suci murni aku itu kerana aku rasa benar-benar letih gara-gara berjalan mengelilingi kawasan perumahan Sean tadi, mencari Siti. Moral of the story- Aku sanggup mengorbankan rancangan untuk berseronok-seronok di atas katil dengan Angelina semata-mata kerana Sean, sahabat aku yang kehilangan kucing itu. Oleh sebab itu, untuk kesekian kalinya aku tahu bahawasanya aku ini seorang lelaki dan sahabat yang baik, budiman, bertimbang rasa dan berhati perut.

Siapa aku?

     Nama aku Haris. Haris Bin Hamdan. Buat masa sekarang aku seorang model profesional separuh masa. Untuk pengetahuan semua, dulu aku seorang model antarabangsa- sepenuh masa. Namaku sebaris Andrien Sahore, Sean Opry, Simon Neesman, Ben Hill dan ramai lagi. Aku satu-satunya model antarabangsa berdarah Melayu yang mampu sampai ke tahap aku berada sekarang, dalam bidang ini. Bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi inilah fakta walaupun sampai sekarang ada masa aku masih was-was dengan kebenaran ini.


     Selama 7 tahun aku menceburi bidang modeling tanpa ragu-ragu dan satu pagi aku bangun dari tidur dengan menyedari tanpa ragu-ragu yang aku mahu berhenti melakukannya secara sepenuh masa. Puncanya? Aku buat keputusan untuk merahsiakan puncanya. Lebih elok aku cakap puncanya ialah aku sudah bosan dengan kedinginan Kota London. Lantas aku mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas tamat kontrak bersama E-go Model. Dan kini aku sudah enam bulan tamat kontrak, berada di Kuala Lumpur, berkongsi "melahirkan" Beast Garage bersama sahabat-sahabat, kadang-kadang menerima "job" iklan komersil dan tanpa disedari menjadi chick magnet. Ianya di luar kawalan dan bidang kuasa aku kerana.. apa aku boleh buat kalau semua gadis tertarik kepada aku? Ini bukan pengakhiran kepada jalan cerita aku yang penuh dengan impian, gadis-gadis cantik, kehidupan, kehilangan, kejutan, kekecewaan, ketegangan dan keghairahan kerana ianya akan bermula di sini...


... bersambung

~LoveMeLoveMeNot~

No comments:

Post a Comment