Lelaki akan memandang pada seseorang wanita, kemudian dia akan memalingkan mukanya...kemudian dia akan pandang semula. Ketika itulah ada sesuatu pada wanita yang telah menarik perhatian si lelaki. Alangkah beruntungnya jika seseorang wanita itu dapat mengetahui apa yang sedang bermain di dalam fikiran lelaki tersebut. Apakah yang membuatkan dia berhenti dan memandang semula?. “Ada beberapa perkara yang membuatkan lelaki tertarik dan akan perhatikan pada wanita secara serta merta". Ketahui perkara tersebut dan gunakannya sebaik mungkin untuk menarik perhatian lelaki yang anda minat atau cuba lari dari lelaki buaya darat.
1. Senyuman yang ikhlas dan manis :)
Jika anda melemparkan senyuman yang ikhlas ketika pertama kali dia memandang anda, pastinya si lelaki tidak dapat tidak dari memandang anda untuk kali yang kedua.
2. Saiz kumpulan anda
Anda tidak mahu berada di dalam kumpulan yang besar kerana ini akan membuatkan si lelaki takut untuk mendekati anda dan kumpulan anda. Walaupun lelaki tampak gagah dan ganas di luarannya, hakikatnya mereka akan berasa takut dan malu untuk mendekati kumpulan wanita yang ramai(tak dikenali). Lelaki juga sukar untuk mendekati wanita yang hanya duduk berdua dengan kawannya. Ini kerana pada, tanggapan lelaki adalah wanita tersebut pasti tidak akan melayannya kerana akan asyik melayan kawannya. Jadi, saiz kumpulan yang ideal supaya mudah didekati lelaki adalah 3 org. :)
3. Suara anda
Selalunya kaum lelaki akan lebih tertarik dengan wanita yang mempunyai suara yang lembut dan bercakap menggunakan ayat-ayat yang sopan. Lelaki tidak menyukai wanita yang bercakap dengan nada yang kasar dan sering menggunakan bahasa kesat. Itu merupakan "turn off" bagi kaum lelaki. Jika ingin lebih senang didatangi lelaki, bercakaplah dengan lembut.
4. Ukuran Pinggang dan Pinggul anda
Kaum lelaki secara semulajadinya menyukai wanita yang mempunyai ukuran pinggang yang lebih kecil dari ukuran pinggul. Kajian saintifik membuktikan bahawa wanita jenis ini adalah lebih subur. Dari segi sensualnya pula, potongan badan sebeginilah yang memang dicari-cari oleh lelaki.
5. Wajah yang berseri
Kaum lelaki akan lebih cenderung untuk mendekati wanita yang memiliki wajah yang berser-seri. Wanita yang mempunyai kulit wajah yang berseri selalunya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bersenam, tidak merokok dan menjaga kesihatan.
6. Apa yang palsu pada wanita berkenaan
Kaum lelaki juga akan mencari apa yang palsu pada seseorang wanita sebelum mendekatinya. Contohnya, kening palsu, rambut palsu(extension) atau buah dada palsu. Ini kerana selalunya mereka yang banyak "kepalsuannya" adalah dari jenis yang high maintenance dan juga tidak jujur. Mereka juga dilihat sebagai tidak selesa dengan penampilan diri mereka. Tak Bagus!!
7. Mata anda
Ramai lelaki yang akan memandang mata anda ketika berbual dengan anda. Jadi make up mata yang menonjol tapi tak keterlaluan akan membuatkan mata lelaki tersebut bertumpu kepada mata anda dan tidak aset yang lain.
8. Saiz dan bentuk buah dada
Boleh dikatakan kesemua lelaki akan memandang pada buah dada wanita untuk menentukan sama ada untuk berkenalan dengan wanita tersebut atau tidak. Bergantung kepada diri anda sendiri, jika ini membuatkan anda tidak selesa, kenakan pakaian longgar atau tidak terlampau jarang untuk atau selendang untuk menutupi bahagian tersebut. Jika perkara ini anda anggap normal, gunakan aset anda sebaik mungkin. :)
No comments:
Post a Comment