Monday, 14 November 2011

Teh Chamomile~



     Teh Chamomile dikenali sebagai minuman penyembuh semenjak beratus-ratus tahun dahulu. Ia sangat popular. Jadi tidak mustahil ada kajian mengatakan puratan Teh Chamomile diminum ialah, 1 juta cawan sehari, di seluruh dunia. Khasiat Teh Chamomile dalam perubatan sangat banyak. Tetapi khasiatnya yang popular dan selalu diperkatakan ialah ia membantu kita relax dan tidur dengan nyenyak. Ramai orang suka minum Teh Chamomile sebelum tidur kerana ia membantu kita tidur dengan nyenyak. Ada pendapat daripada pakar herba mengatakan; minum Teh Chamomile sebelum tidur boleh menjauhkan kamu dari mengalami mimpi ngeri. Saya tidak percaya 100% pendapat itu tetapi semenjak saya minum Teh Chamomile sebelum tidur, saya berjaya mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti. Dan yang peliknya, memang tidak ada mimpi ngeri.. ;-)



Teh Chamomile ialah teh kegemaran saya. Ianya menjadi pilihan nombor satu dan menjadi 'ubat' untuk 'wind-me-down' selepas seharian melalui hari yang memenatkan dan memeningkan. Secawan Teh Chamomile dan ditemani sebuah buku sebelum tidur adalah sangat sempurna pada saya.

Khasiat dan kebaikan:

1.  Kaya dengan antioxidant yang mampu melawan kanser.

2.  Tinggi kandungan mineral yang boleh membantu menguatkan tulang.

3.  Sangat bagus sebagai agen anti kulat. Kalau ada bahagian badan yang terkena jangkitan kulat, sapu sahaja dengan Teh Chamomile. Dalam masa beberapa hari ia akan berkurangan.

4. Membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Egyptians, Romans dan Greeks menggunakan bunga Chamomile yang ditumbuk untuk menyembuhkan luka. Ianya boleh disapu atau dilekatkan pada pada luka dan balut. Selain daripada itu, kena minum juga supaya lebih cepat sembuh. 

5. Membantu melegakan tekanan.

6. Mengubati insomnia.

7. Meningkatkan daya tahan badan.

8. Meningkatkan daya fungsi hati.

9. Membantu menghilangkan sakit belakang.

10. Mengurangkan rasa sakit akibat kekejangan.

11. Melegakan selsema dan batuk.

12. Melegakan ketidakselesaan perut akibat makan dengan banyak atau makan makanan yang tidak boleh dihadam dengan baik.

     Teh Chamomile mempunyai terlalu banyak kebaikan dan khasiat. Saya tidak mahu senaraikan kesemuanya. Kalau berminat untuk mengetahui tentang khasiat dan kebaikannya, anda boleh google..

Cara-cara menyediakannya:

Ambil 2 sudu kecil Chamomile. Masukkan ke dalam teko. Kemudian tuangkan air panas selepas mendidih sebanyak 500ML ke dalam teko. Biarkan selama 5 minit dan ianya sudah sedia untuk dinikmati.



      Rasa Teh Chamomile agak kompleks untuk digambarkan. Ada sedikit rasa floral, rasa masam, manis dan kelat. Walaubagaimana pun, ia tetap berbaloi untuk dicuba. Saya sertakan beberapa cadangan di sini, bagaimana hendak menikmati Teh Chamomile secara pelbagai.

1. Tambah susu bila hendak minum sebelum tidur.

2. Tambah madu kalau mahu redakan batuk dan selsema.

3. Tambah hirisan lemon untuk rasa yang unik.

4. Tambah gula jika mahu nikmatinya secara sejuk.


     Pilihan saya? Tambah madu dan hirisan lemon dan nikmatinya ketika masih panas. Secawan Teh Chamomile sangat sempurna untuk dinikmati sebelum anda tidur, waktu malam.



** Kepada wanita mengandung atau yang mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda sebelum mencuba teh ini.


~LoveMeLoveMeNot~

No comments:

Post a Comment