Monday, 7 November 2011

Teh Bunga Ros~

Rasa:    floral, sedikit masam dan kelat tetapi "segar"
Warna:  kekuningan dan sedikit jingga
Aroma:  wangi bunga ros
Khasiat:

1. anti-penuaan
2. membantu menurunkan suhu badan ketika demam
3. membuang toksin dari badan
4. membantu meningkatkan daya tahan tubuh menentang jangkitan
5. membantu merawat batuk, selsema dan gangguan salur pernafasan
6. membantu merawat cirit-birit dan sembelit
7. melegakan kesakitan akibat PMS
8. membantu merawat masalah tidur, tekanan fikiran, kemurungan
9. kaya dengan vitamin C

Cara-cara menyediakannya:

Ambil segenggam bunga ros yang dibeli atau yang ditanam sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam teko. Masukkan 500 ml air panas dengan suhu tidak lebih 80 darjah celcius. Biarkan selama 5 minit. Teh sedia untuk diminum. Boleh tambahkan sedikit madu jika mahu rasa manis. Ia boleh dinikmati pada waktu pagi, tengahari atau petang. Kesan untuk anti-penuaan dapat dilihat jika di minum setiap hari/ 3 kali sehari secara berpanjangan.

** Kepada wanita mengandung atau yang mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda sebelum mencuba teh ini.

~LoveMeLoveMeNot~


No comments:

Post a Comment