Adakah anda sedang ditipu?
Percaya pada naluri anda..!
Anda tidak memerlukan kuasa psikik atau kebolehan membaca minda seseorang untuk mengenalpasti samada anda sedang ditipu ataupun tidak. Mengenal pasti samada seseorang itu sedang menipu ataupun tidak boleh dialkukan dengan memerhati tingkah laku mereka. Anda perlu memerhatikan tingkah laku mereka dengan teliti. Jika ada sebarang perubahan kepada tingkah laku mereka yang tidak mereka lakukan dalam keadaan normal, anda pasti boleh mengagak ada sesuatu yang tidak kena. Perkara yang paling penting adalah percaya pada naluri anda sendiri. Jika anda tidak percaya sepenuhnya pada pasangan anda, percayalah pada naluri anda. Kebanyakan di antara kita mempunyai hubungan yang kuat dengan naluri diri kita sendiri, tetapi kita mengabaikannya kerana terlalu percaya pada orang lain terutamanya pasangan kita.
Walaupun naluri banyak membantu kita, ada kalanya ia boleh menjadi tricky.Naluri tidak akan menipu kita, tapi ada kalanya naluri kita akan dipengaruhi oleh anasir- anasir lain seperti rasa takut, khabar angin dan juga pengaruh rakan-rakan yang selalunya tidak senang melihat anda bahagia. Contohnya, anda mungkin pernah putus cinta kerana pasangan lama anda menduakan anda. Anda mempunyai rasa takut perkara sebegitu akan berlaku sekali lagi kepada anda. Jadi, naluri anda yang telah dipengaruhi oleh rasa takut akan menghantar mesej yang berbeza.
Perhatikan Gerak Tubuh (Body Language)
Salah satu perkara yang anda harus ingat ialah tubuh tak akan menipu. Jika anda dapat kesan perubahan pada sebarang gerak tubuh pasangan anda, ini menunjukkan yang dia sedang menipu. Ini adalah kerana si penipu harus cuba meyakinkan anda dengan gerak gerinya kerana dia tahu apa saja yang keluar dari mulut dia adalah tipu. Salah satu tanda paling ketara ialah matanya, jika dia kerap kali cuba mengelak eye contact dengan anda, maknanya ada sesuatu yang cuba dia sembunyikan.
Satu lagi tanda ketara pasangan anda menipu ialah jika kerap kali menyentuh hidung atau mukanya ketika bercakap dengan anda. Ini kerana pasangan anda itu akan berasa cemas ketika menipu dan dengan menyentuh hidung atau muka sendiri adalah cara untuk menutup helah dalam percakapan mereka.
No comments:
Post a Comment