Teh Forget-Me-Not sangat bagus untuk wanita kerana ia mampu mengubati banyak masalah kesihatan wanita. Selain daripada itu, ia juga bagus untuk menjaga kesihatan hati, paru-paru dan darah. Jadi, lelaki pun boleh minum. Tak ada masalah. Ia juga mampu meningkatkan daya sistem imuniti tubuh kita, di mana ia mampu melambatkan proses penuaan. Ia juga mampu melawan virus/kanser.
Teh Forget-Me-Not ialah teh yang bebas caffeine. Teh nya berwarna kuning cair. Ia mempunyai rasa yang ringan dan sedikit rasa rumput. Pada pendapat saya, ia ada rasa sedikit kelat dan satu not rasa yang haiwan jenis herbivore suka makan.
Teh Forget-Me-Not juga sentiasa dikenali dan digemari kerana bunganya yang kecil dan comel serta berwarna purple terangnya yang cantik. Warna kegemaran saya.. ;)
Khasiat dan kebaikan:
1. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
2. Melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
3. Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak dan tenang.
4. Membantu mencantikkan kulit.
5. Berkesan membantu menguruskan/mengurangkan berat badan.
Cara-cara menyediakannya:
Ambil dua sudu kecil bunga Forget-Me-Not. Masukkan ke dalam teko. Kemudian tuangkan air panas bersuhu 90-95 darjah celcius sebanyak 500ML ke dalam teko. Biarkan selama 5 minit dan ianya sudah sedia untuk dinikmati.
Untuk mempelbagaikan rasa Teh Forget-Me-Not ini, anda boleh menambah sedikit madu atau boleh juga campurkan bunga ros. Ros dan Forget-Me-Not ialah gabungan yang ideal dan mampu memberi kesan yang sangat bagus. Sangat sesuai dengan namanya, anda tidak akan dapat melupakan rasa unik yang dijanjikan oleh Teh Forget-Me-Not ini.. ;)
**Kepada wanita mengandung atau yang mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda sebelum mencuba teh ini.
~LoveMeLoveMeNot~
No comments:
Post a Comment