Bukan Exercise
Bukan Example
Bukan Experiment
Bukan Excuse Me!!
Tapi EX.. Boleh faham? Kalau tak faham, tengok sini. EX yang saya maksudkan ialah BEKAS/MANTAN (boleh ke guna perkataan mantan?) Huhuhu.. Dan topik EX yang ingin saya ketengahkan ini membabitkan soal cinta. Maka ia boleh jadi EX boyfriend/girlfriend/wife/husband dan sebagainya yang membabitkan hubungan cinta.
** Saya akan sebut beberapa nama samaran dalam entri ini kerana nama sebenar perlu dirahsiakan demi untuk privacy subjek yang tidak bersalah.
Satu petang yang hujan di dalam bilik hotel bersama kawan-kawan saya. Hujan memang best!! Tiba-tiba Pikachu yang sedang meniarap atas katil bersuara, sambil membaca sebuah majalah:
“Eh, ada kuiz la. Jom buat..”
“Kuiz apa?” Togepi tanya.
“Kuiz; Do you still love your EX?”
“Huh? Perlu ke buat kuiz tu?”
“Perlu ke tidak, tak penting. Tapi jom lah saja-saja buat.”
“Banyak tak soalan dia?”
“Ada.. 1,2,3... 15 soalan.”
Lantas Jigglypuff pula bersuara: “Macam best tu. Cuba baca soalan nombor satu.”
Maka Pikachu pun membaca: “Do you still love your EX?”
“Jigglypuff kata baca soalan nombor satu la.” Celebi menyampuk.
“Itu lah soalan nombor satu dia. Do you still love your EX??” Pikachu repeat soalan.
“Bongoksss punya kuiz. Buat apa nak jawab 15 soalan tu semua kalau soalan yang nombor satu pun kita dah boleh tahu jawapan?” Langsung Togepi mengomel-ngomel sambil tangan memintal-mintal hujung rambut..
Hahahahahaha...
Saya tumpang gelak. Malas nak layan dia orang sedang berkonflik dengan kuiz “ayam-ayam” itu. Layan Paradise Life lagi best!! Walaupun geng-geng Pokemon tu kata game Paradise Life ni tak mencabar langsung. Tak kesah lah. Janji boleh layan. Sebab saya dah bosan jadi petani di Farm Ville. Huhuhu.. Tapi sambil-sambil duk layan Paradise Life, saya tumpang-tumpang dengar juga perbualan 4 kawan baik saya itu. Langsung daripada sebaris soalan; Do you still love your EX? itu telah meleret sampai entah ke mana-mana. Jadi topik hangat dan menyengat pula.
Pikachu: “Siapa nak jawab dulu ni?”
Jigglypuff: “Aku.. aku..”
Huh!! Beria-ia betul. Saya tidak faham dan malas hendak faham. Cuma tumpang dengar dan tumpang gelak bila perbualan mereka kedengaran sangat-sangat lawak dan mengarut. Tapi sambil-sambil tumpang dengar dan gelak itu, tiba-tiba saya rasa topik tersebut seronok juga untuk dibincangkan. Lebih-lebih lagi bila ada beberapa persoalan muncul di fikiran. Rasa lucu juga sebenarnya bila terfikir untuk buat entri ni. Sebab?? Adoi! Tak ada masa sebenarnya nak fikir pasal EX. Tapi sebab ada yang membangkitkan isu ini, maka jom saya nak try kupas.
DO YOU STILL LOVE YOUR EX??
Satu soalan yang sukar untuk dijawab oleh sesetengah orang. Tetapi ada juga yang rasa senang untuk menjawabnya. Ianya berbeza mengikut situasi. Ada beberapa jawapan yang saya terima daripada “soal selidik” secara kecil-kecilan dengan 100 orang subjek. 50 orang subjek lelaki dan 50 orang subjek perempuan. Tak susah nak cari subjek. Laman sosial kan ada. Terima kasih kepada kawan-kawan di laman sosial. Melalui soal selidik itu;
60% menjawab- TIDAK
20% menjawab- YA
15% menjawab- TIDAK TETAPI MUNGKIN AKAN PURA-PURA CINTA LAGI DEMI UNTUK BALAS DENDAM
5% menjawab- SAYA TIDAK ADA EX
Untuk berdepan dengan hubungan yang putus bukan sesuatu yang mudah bagi sesetengah orang. Lebih-lebih lagi kalau anda masih mencintai EX anda dan berharap hubungan kalian boleh diperbaiki dan akan berjaya di masa hadapan. Jika kedua belah pihak masih saling mencintai dan bersetuju untuk memulakan kembali hubungan yang putus ditengah jalan, ia tidak mejadi masalah. Kira kawtim dah. Selesai masalah.
Tetapi bagaimana pula jika hanya sebelah pihak? Bagaimana kalau anda saja yang masih tergila-gilakan EX anda? Anda meneruskan hidup dengan menanggung rasa cinta dan rindu kepada EX anda. Dan setiap hari berharap suatu hari nanti hubungan kalian boleh kembali terjalin dan bahagia di penghujungnya. Tetapi EX anda sudah langsung tidak ambil tahu tentang anda. Malah sudah punya pengganti yang jauh lebih baik. Pasti anda sakit hati dan makan hati kan? Dan EX anda rasa;
"HIDUP SAYA LEBIH BAIK TANPA AWAK YANG SELALU CARI PASAL DENGAN SAYA, SUKA BUAT SAYA SAKIT KEPALA DAN MEMBUATKAN SAYA DEPRESS.."
"HIDUP SAYA LEBIH BAIK TANPA AWAK YANG SELALU CARI PASAL DENGAN SAYA, SUKA BUAT SAYA SAKIT KEPALA DAN MEMBUATKAN SAYA DEPRESS.."
Secara jujurnya, bila saya dapat jawapan yang MAHU BALAS DENDAM itu, saya jadi seram. Kenapa mereka mahu balas dendam? Dan untuk pengetahuan umum, 15% yang menjawab MAHU BALAS DENDAM itu berlaku kepada subjek yang ditinggalkan EX mereka. Adakah pengalaman ditinggalkan itu sungguh tragis hingga membuatkan mereka rasa mahu balas dendam? Mestilah kan? Kalau tidak, tak kan nak balas dendam ya? Jadi, harap maklum. Contoh;
“Dia kata saya gemuk dan tak sepadan dengan dia. Sebab tu dia minta putus. Tapi sekarang dia merayu nak kan saya balik sebab saya dah ada six-pack. Siap cakap muka saya dah nampak iras macam Aaron Aziz pulak. Perempuan tu memang tak masuk akal. Tapi saya layankan saja sebab saya akan pastikan nanti, dia rasa apa yang saya rasa dulu. Saya sudah maafkan dia, tetapi bila dia kata dia mahu kembali kepada saya, saya rasa dia memang sendiri cari pasal. Dia memang jenis suka cari pasal pun. Jadi sekarang dia cari pasal untuk beri peluang kepada saya "ajar" dia balik bagaimana rasanya dikecewakan..” - Phil Jones (huhu..)
Hmmm, jangan cari pasal dengan harimau yang terluka... :)
Hmmm, jangan cari pasal dengan harimau yang terluka... :)
Yang menjawab TIDAK pula membabitkan subjek yang memutuskan dan yang diputuskan. Yang memutuskan biasanya memberi macam-macam alasan. Sehingga membuatkan yang diputuskan nekad tidak mahu kembali kepada EX mereka walaupun dirayu. Jawapan dan sebab;
“Dia kata saya bukan soulmate dia.” - Nicole Kidman
"Dia suka cemburu buta. Saya dah tak kuasa nak layan perasaan tidak selamat dia tu. Kadang-kadang saya tak faham apa yang dia cemburukan sangat. Dan yang peliknya, dia yang minta putus dengan saya selepas dia tuduh saya suka menggatal." - Shah Rukh Khan
"Dia suka cemburu buta. Saya dah tak kuasa nak layan perasaan tidak selamat dia tu. Kadang-kadang saya tak faham apa yang dia cemburukan sangat. Dan yang peliknya, dia yang minta putus dengan saya selepas dia tuduh saya suka menggatal." - Shah Rukh Khan
“Dia kata kami tidak serasi dan rasa hubungan kami tidak akan ke mana. Jadi dia mahu putus. Saya sedih tapi saya redha.” - Bella Twilight
“Dah 3 tahun hubungan kami. Saya sayangkan dia tapi dia kata dia tak rasa pun saya sayang dia. Dia kata dia saja yang banyak sayangkan saya. Dia tuduh saya tidak adil dan minta putus.” - Wayne Rooney
“Dia tuduh saya curang. Padahal saya tidak pernah curang. Jadi kami putus sebab dia tuduh saya curang. Tak sampai seminggu, saya dapat berita, sebenarnya dia yang curang dengan saya.” - Christiano Ronaldo
“Dia selalu biadab dan bercakap kasar dengan saya. Saya rasa dia macam tidak hormat saya. Apa akan jadi kalau saya kahwin dengan dia? Saya tak mahu kahwin dengan perempuan yang tidak tahu hormat saya sebagai suaminya.” - Rio Ferdinand
“Dia memperkecil-kecilkan kebolehan dan maruah saya di depan kawan-kawan.” - Berbatov
“Dia tuduh saya suka tidur, membosankan dan hanya pentingkan keluarga/kawan-kawan. Jadi dia nak putus.” - Ryan Giggs
“Dia kata saya selalu tak ada masa untuk dia. Padahal setiap hari kami lunch sama-sama. Dia kata dia mahukan perhatian lebih dari saya. Saya dah tak larat hendak layan.” - Vidic
“Dia kata boyfriend kawan dia selalu berkorban dalam hubungan cinta dan sangat romantik. Dia mahu saya jadi macam itu. Saya rasa dia tak patut cakap macam tu. Saya boleh terima kalau dia gunakan ayat yang kedengaran lebih “terpelajar”. Maka saya jawab: Awak pergilah cari lelaki lain.. yang sanggup berkorban untuk awak. Semoga Berjaya. Dia menangis. Saya malas hendak layan dah.” - Nani
Sebenarnya banyak lagi jawapan yang saya terima dalam skop TIDAK. Tapi tidak larat hendak senaraikan di sini.
Bagaimana pula dengan yang menjawab YA? Subjek yang menjawab YA biasanya berdepan dengan kegagalan hubungan dalam situasi yang mungkin boleh dimaafkan atau rela bertolak ansur. Contoh;
“Kami putus sebab arwah mak dia tak suka saya. Sekarang mak dia dah jadi arwah. Jadi saya setuju untuk sambung hubungan cinta kami balik.” - Kim Kardashian
“Masa tu kami masih mentah. Dua-dua nak menang saja dan tak ada yang nak mengalah. Sekarang kami dah matang. Tuhan temukan kami balik dan kami buat keputusan untuk cuba sekali lagi.” - Jennifer Lopez
“Walaupun saya tahu dia curang dengan saya, saya nekad mahu maafkan dia dan beri dia peluang sekali lagi. Lagi pun, YA, saya masih cintakan EX saya tu. Dia handsome macam Brad Pitt.” - Angelina Jolie
“Saya yang tinggalkan dia dulu. Tapi lepas saya gagal dengan hubungan baru, saya kembali kepada dia. Dia pun setuju terima saya kembali sebab dia masih cintakan saya. Saya pun.." - David Beckham
Sekali lagi: DO YOU STILL LOVE YOUR EX??
Tanya diri anda sendiri. Dan cuba jawab dengan jujur;
Adakah anda sentiasa tertanya-tanya di mana EX anda sekarang?
Apa EX anda sedang buat?
Adakah EX ada merindui anda seperti anda merinduinya?
Adakah anda sedang berfikir bagaimana EX anda berdepan dengan situasi putus hubungan ini?
Adakah dia sedih macam anda?
Atau, adakah dia sedang meluangkan masa dengan kekasih baru?
Cantik/kacakkah kekasih barunya itu?
Adakah lebih baik daripada anda?
Jika soalan-soalan ini sering berlegar-legar di dalam kepala anda, maka sangat jelas sekali bahawa; YA, ANDA MASIH CINTAKAN EX ANDA!!
Tidak menjadi masalah jika kadang-kadang anda curious tentang apa yang EX anda sedang lakukan dan dengan siapa dia meluangkan masa dan bergembira. Tetapi jangan sampai perasaan curious itu bertukar menjadi obsess. Kelak, hanya anda yang akan merana dan sakit jiwa.
IANYA MENGARUT!!
Ya, sangat mengarut jika anda sudah sampai kepada tahap obsess terhadap EX anda. Bila ia terjadi, anda mula bertindak di luar kewarasan. Anda mula mengatur strategi yang pelik-pelik demi untuk mendapatkan kembali perhatian EX anda. Anda mula tunjukkan tanda-tanda cemburu bila melihat dia meneruskan hidup dengan gembira dan bahagia tanpa memikirkan anda. Jadi, anda mengatur strategi untuk mendapatkan kembali perhatian daripada EX anda.
JUJURLAH DENGAN DIRI SENDIRI.
Masih mencintai EX anda bukanlah sesuatu yang teruk atau mengarut. Tak salah. Boleh je. Tetapi, masalah yang timbul di sini ialah bila anda mengabaikan fakta dan perasaan sendiri tanpa memikirkan tentang baik dan buruknya bila anda masih mencintai EX anda. Ianya soal hati dan tentang perasaan. Sebagai manusia kita miliki kedua-duanya. Jadi, jujurlah dengan diri sendiri dan berfikir secara waras. Teruskan hidup. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tidak semestinya anda boleh memiliki kembali seseorang yang anda pernah cinta. Dan anda perlu ingat, setiap kesilapan tidak sepatutnya berulang. Jadi, teruskan hidup dan hargai cinta baru yang akan muncul dalam hidup anda nanti. Anda boleh berkata dengan jujur, tanpa sebarang dendam atau kecewa;
“Ya, saya masih cintakan EX saya. Tetapi saya perlu biasakan diri dan akan teruskan hidup tanpa dia kerana hidup saya adalah hak saya. Dan saya berhak mengecapi bahagia dengan cinta yang baru tanpa apa-apa dendam dalam hati.” - Lady Gaga
Tambahan: TIPS UNTUK MEMENANGI KEMBALI HATI EX ANDA:
Jangan memaksa. Beri dia ruang untuk cuba menerima anda kembali.
Berubah untuk kebaikan. Jika ada perangai anda yang tidak disukai EX anda, maka berubahlah. Dunia akan menjadi lebih aman jika manusia berubah menjadi lebih baik..;)
Jujur dengan diri sendiri.
Belajar menghargai dan menghormati.
Ceritakan kembali kenangan-kenangan indah yang pernah kalian kongsi. Mungkin dapat membantu memancing hatinya kembali.
Dan ingat!! jangan cuba beri apa-apa “cadangan” yang boleh membantutkan perasaan mereka untuk kembali kepada anda. Anda perlu buat mereka “rasa” perasaan itu. Bukannya “fikir” tentang perasaan itu.
KESIMPULAN:
Bila satu hubungan cinta putus, dua manusia akan mendapat gelaran EX. Sama ada yang memutuskan atau yang diputuskan, gelaran itu tetap sama. Yang membezakannya adalah, EX yang mana satu yang masih mencintai dan yang mana satu sudah tidak mencintai. Jelasnya di sini, yang masih mencintai akan menanggung kesengsaraan secara berpanjangan kerana cinta yang masih wujud itu hanya cinta di sebelah pihak. Jadi, apa saja jawapan anda; masih mencintai atau tidak, anda tetap perlu meneruskan hidup dan mencari kebahagiaan untuk diri sendiri..
KESIMPULAN SAYA:
Bila satu hubungan cinta putus, dua manusia akan mendapat gelaran EX. Sama ada yang memutuskan atau yang diputuskan, gelaran itu tetap sama. Yang membezakannya adalah, EX yang mana satu yang masih mencintai dan yang mana satu sudah tidak mencintai. Jelasnya di sini, yang masih mencintai akan menanggung kesengsaraan secara berpanjangan kerana cinta yang masih wujud itu hanya cinta di sebelah pihak. Jadi, apa saja jawapan anda; masih mencintai atau tidak, anda tetap perlu meneruskan hidup dan mencari kebahagiaan untuk diri sendiri..
KESIMPULAN SAYA:
Masih cinta atau tidak kepada EX tidak menjadi isu kepada saya. Apa yang penting ialah, apa yang dijanjikan pada masa hadapan. Tiada istilah U-Turn dalam hidup saya..
P/S: Jadi apakah penamat perbualan geng-geng Pokemon tadi? Pikachu, Jigglypuff, Togepi dan Celebi jawab TIDAK! Mereka ada sebab masing-masing bila menjawab TIDAK itu.. Dan owh, Beautyfly ini pun jawab TIDAK!! Kenapa? ... :)
~LoveMeLoveMeNot~
No comments:
Post a Comment