A writer writes not because he is educated but because he is driven by the need to communicate. Behind the need to communicate is the need to share. Behind the need to share is the need to be understood. The writer wants to be understood much more than he wants to be respected or praised or even loved. And that perhaps, is what makes him different from others. -Leo C. Rosten
Categories
- 3 Doors Down (2)
- Cinta Untuk Dijual (14)
- Food and Eateries (3)
- Health And Fitness (1)
- Love Matters (love-sex-relationships and everything in between) (10)
- My Favorites (15)
- Poems/ Puisi (4)
- Recipe (1)
- Sharing is Caring (3)
- Tea Time (12)
Wednesday, 30 November 2011
Tuesday, 29 November 2011
Monday, 28 November 2011
Teh Azalea~
Bunga Azalea memang amat dikenali dengan kecantikan dan keindahan warna dan 'fizikal'nya. Pertama kali saya melihat bunga ini ialah semasa bercuti ke Seoul, Korea pada musim bunga beberapa tahun lepas. Kami singgah di satu tempat yang dipanggil Branded Shops, kerana di tempat itu memang banyak kedai-kedai yang menjual barang berjenama dan berkelas tinggi. Namun bukan kedai-kedai itu yang menarik minat saya tetapi landskapnya yang dihiasi penuh dengan pokok-pokok bunga Azalea. Ibarat melangkah masuk ke taman syurga. Sungguh indah!!
Pada mulanya saya tidak tahu jenis bunga itu. Lalu saya bertanya kepada Mr. Lee, pemandu pelancong kami. Katanya, bunga cantik itu ialah bunga Azalea. Bunga ini ialah rahsia kepada kecantikan kulit wanita-wanita Korea dan sangat popular di gunakan oleh masyarakat di Korea terutamanya oleh kaum wanitanya. Bunga Azalea banyak kegunaannya. Boleh digunakan dalam masakan untuk memberi rasa yang unik. Boleh di gunakan dalam hal kecantikan contohnya ditumbuk dan di sapukan pada kulit. Dan boleh dijadikan sebagai minuman teh. Cara minum dengan menjadikannya teh adalah lebih senang dan popular.
Rasa yang dihasilkan daripada Teh Azalea ialah rasa masam yang tidak terlalu ketara. Baunya pula ialah seperti bau daun yang dihancurkan bercampur bau tanah selepas hujan. Sukar untuk saya gambarkan tentang baunya.
Khasiat dan kebaikan Teh Azalea:
1. Bagus untuk sistem pernafasan di mana ia mampu menyembuhkan batuk dan asma.
2. Bagus untuk wanita yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur.
3. Untuk memutihkan kulit dan mengelakkan terbentuknya bintik-bintik hitam pada kulit seperti jeragat dan sebagainya.
Cara menyediakannya:
Seperti biasa, ianya tidak rumit. Ambil dua sudu kecil bunga Azalea. Masukkan ke dalam teko. Kemudian tuangkan air panas bersuhu 90-95 darjah celcius sebanyak 500ML ke dalam teko. Biarkan selama 5 minit dan ianya sudah sedia untuk dinikmati. Selepas 5 minit, terus keluarkan bunga Azalea dari rendaman kerana jika direndam terlalu lama, teh akan menjadi terlalu masam dan ada rasa sedikit kelat dan pahit.
Anda boleh menambahkan sedikit madu jika kurang gemar dengan rasa masam yang dihasilkannya. Tetapi bagi saya, rasa masam itu adalah identiti teh Azalea yang mampu memberikan mood segar.
**Kepada wanita mengandung atau yang mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda sebelum mencuba teh ini.
~LoveMeLoveMeNot~
Sunday, 27 November 2011
Cinta Untuk Dijual- # 4~
LUNYAI.
Aku perlu rehat. Sebab aku manusia dan bukan robot, maka aku perlu rehat. Empat hari berkerja melebihi 10 jam sehari benar-benar memenatkan. Ianya demi untuk mengerjakan enjin kereta Iman, anak Tan Sri dari Alor Setar itu. Tapi bukan aku seorang yang penat. Semua yang berkerja dalam Beast Garage penat. Dan aku tidak mahu bercerita lanjut tentang kepenatan. Penat atau tidak, enjin itu perlu disiapkan juga. Kami ada masa seminggu saja lagi untuk siapkannya. Harap-harap tiada aral yang melintang dan kami mahu kekal optimis. Tidak ada masa hendak merungut kepenatan atau merayu minta dimanjakan. Walaupun dalam pemanduan pulang, terdetik juga di hati;
“Kalau balik rumah ada yang sedang menunggu untuk memanjakan dan mengurut tubuh ini, kan best.”
Aku senyum sendiri dengan idea nakal itu. Namun aku buang jauh cita-cita itu bila otak aku mula berfikir secara rasional. Apa yang logik dan relevan untuk aku fikirkan sekarang ialah balik ke rumah, mandi, buat apa-apa yang wajib dan... tidur. Ya, itu lebih kedengaran matang dan relevan untuk tubuh aku yang sudah hampir 'lunyai' ini.
HUJAN.
Pagi Sabtu yang tenang. Hujan renyai-renyai di luar sana. Membuatkan aku rasa hendak terus bermalas-malas di atas katil. Tetapi itu tidak mungkin kerana mata aku sudah jadi segar semacam. Dan perut aku tiba-tiba rasa lapar. Aku pun tidak faham kenapa. Mungkin sebab semalam aku balik ke rumah, dan terus tidur tanpa makan apa-apa. Aku bangun, keluar menuju dapur dan terus mencapai gelas tinggi. Membuka pili dan menadah air. Sebaik gelas itu penuh, aku tutup pili. Kemudian meneguk habis segelas air. Lega. Kenapa air dari pili? Sebab dalam rumah aku ini, air dari pili memang boleh terus diminum dengan selamat, tanpa was-was. Kemudian aku menuju bilik mandi. Perhatian! Air dari dalam bilik mandi aku juga selamat untuk terus diminum. Terima kasih kepada teknologi penapisan air yang sangat canggih. Cerita dalam bilik mandi tidak perlu aku ceritakan. Privasi. Tapi yang pasti, bila aku melihat wajah aku di cermin, aku rasa aku perlu bercukur hari ini. Semak sangat dah.
Selesai mandi. Sejuk! Tapi rasa segar dan nyaman. Aku masih dapat dengar bunyi hujan turun. Agak-agak hujan akan turun sampai ke petang ke? Aku jengah Blackberry Curve yang aku letak di atas meja sisi. Seperti biasa, ada SMS- Selamat Pagi daripada orang yang sangat-sangat sukakan hujan. Siapa? Siapa lagi? Aku terus ke almari. Menolak pintu almari jenis 'sliding' dan mula memilih-milih baju apa aku nak pakai hari ini. Aku sambar t-shirt berwarna biru langit dan dockers berwarna cokelat muda. Selepas mengenakan pakaian, aku bega-bega rambut aku depan cermin. Membelek-belek sedikit muka, melihat kalau ada mana-mana yang tidak kena. Jangan pelik. Siapa kata lelaki tidak boleh belek muka? Aku sudah biasa dengan perkara ini memandangkan 7 tahun aku berada di dalam dunia modeling. Dunia yang memestikan aku untuk menjaga penampilan dan personaliti. Nak tak nak memang kena. Walaupun pada mulanya aku bukan jenis lelaki yang mengambil berat tentang “kecantikan”. Tetapi semua ini sudah menjadi kebiasaan apabila 7 tahun aku perlu melatih diri untuk hidup dengan rutin ini. Sebut tentang dunia modeling, banyak kenangan yang tersimpan di dalam tajuk itu. Tapi, lupakan saja. Aku tidak mahu bercerita tentangnya. Sekurang-kurangnya tidak untuk masa ini.
Aku mengenakan jam tangan dan capai wallet serta Blackberry Curveku. Aku masukkannya ke dalam poket seluar sebelum keluar dari bilik. Kemudian ke dapur untuk minum lagi segelas air dari pili. Sempat aku melirik jam tangan yang menunjukkan pukul 8 pagi. Aku hendak keluar bersarapan pagi. Lantas aku capai kunci kereta yang tergantung pada dinding.
Tidak sampai 20 minit, aku sudah berada di perkarangan Bitter & Sweet House. Bitter & Sweet House ialah sebuah bunglo yang sudah diubah suai menjadi cafe yang menghidangkan pelbagai jenis roti, kek, pastri dan juga pelbagai jenis kopi dan teh. Cafe ini berkonsepkan cerita dongeng Hansel and Gretel. Namun mungkin konsepnya sudah dikontemporarikan sedikit supaya ia kelihatan tidak terlalu tradisional Hansel and Gretel. Walau apa pun, aku sukakan konsep ini. Ideanya berjaya buat aku kagum kerana setiap kali aku datang ke sini, aku rasa hendak makan pagar, dinding, atap, pintu dan segala-galanya pada cafe ini. Tetapi untuk sesiapa yang tahu tentang cerita dongeng German ini, mereka tidak perlu takut kerana di dalamnya tidak ada nenek kebayan yang suka makan budak. Dia dalamnya ada pelbagai pilihan roti, kek dan pastri serta minuman panas yang menyegarkan. Juga ada gadis-gadis pembuat roti, kek dan pastri yang.. Apa aku mengarut ni?
“Buat apa tercegat kat luar tu Haris?” Teguran Fiona mengejutkan aku dari lamunan. Entah dari mana dia muncul, tiba-tiba ada di depan aku.
“Menikmati pemandangan.”
“Apa yang menarik sangat?”
“Sini kejap.” Aku panggil Fiona.
“Kenapa?” Fiona menghampiri aku.
“Kau tengok tu.”
“Apa?”
“Cuba tengok betul-betul. Ada yang aneh dekat kekisi tu.”
“Apa nya? Aku tak nampak lah.”
“Ada sarang burung.”
“Laaaaaa... Aku ingatkan apa lah tadi. Buat seram orang saja. Dah lah, masuk.”
“Sekejaplah. Aku nak try tengok burung apa.”
“Burung merpati putih.”
“Mana tahu?”
“Arisa Hana. Dia dah panjat tengok sarang tu.”
“Panjat?”
“Ya. Baik kau masuk sekarang. Hujan lagi tu.”
Aku diam. Namun masih memikirkan bahagian Arisa Hana panjat tengok burung. Biar betul? Tinggi tu.
“Kau nak berdiri kat situ sampai lencun ke? Nanti demam pula.”
“Ya, aku masuk.” Aku mendengar arahan Fiona dan masuk ke dalam cafe. Agak ramai juga pelanggan di dalam cafe walaupun di luar masih hujan renyai-renyai.
“Kau nak makan dan minum apa?”
“Cappuchino dan... bagi Swiss Brioche.” Aku menjawab. Langsung mengatur langkah ke penjuru ruang yang menjadi tempat kegemaran aku. Aku suka tempat itu kerana dari situ, aku dapat lihat pemandangan indah taman di belakang bunglo lama ini. Tidak sampai 5 minit, apa yang aku pesan tadi sampai. Fiona yang menghantarnya sendiri ke meja aku.
“Lama tak nampak kau.” Tanpa di pelawa, Fiona melabuhkan punggungnya di kerusi dan nampak macam hendak mengajak aku berbual-bual.
“Sibuk.” Aku mengangkat cawan dan menghirup Cappuchino panas itu dengan berhati-hati.
“Bagus tu.”
“Apa yang bagus?”
“Sibuk itu bagus. Maknanya ada bisnes. Tapi awas! Jangan sibuk-sibuk sudah. Atau buat-buat sibuk.”
“Kau buat lawak ke apa ni?”
“50-50.”
“Hahaha..” Aku ketawa. Jujurnya aku pun rasa Fiona cuba buat lawak dalam serius. Aku namakan ia lawak pagi.
“Lawak ke?”
“Boleh lah.”
“Ah, kau.. benda tak lawak pun kau gelak. Apa-apa entah. Apa mimpi datang pagi ni?”
“Datang salah, tak datang salah. Ish.”
“Aku tanya je lah. Kalau kau datang nak jumpa Arisa Hana, dia tak ada.”
“Aku tahu. Sabtu kan selalu dia ke Syurga Kasih.”
“Oh, aku lupa pula yang kau tahu. Maklumlah, dah lama kau tak datang. Hampir-hampir aku lupa siapa kau tadi.” Fiona ini bahasanya selamba dan ada masa kedengaran kasar. Itu memang perangai dia. Dulu, aku agak seram dengan isteri orang dan emak orang yang seorang ini. Dulu, selalu juga aku tanya Arisa Hana, kalau-kalau kawan dia yang satu ini membenci aku. Arisa Hana jawab tidak. Katanya Fiona memang macam itu sejak azalinya. Jadi aku lega. Bukan apa. Aku tidak berapa gemar dengan situasi dibenci orang. Lebih-lebih lagi kalau mereka tak ada sebab untuk membenci aku.
“Nasri dan Nisya sihat?”
“Alhamdulillah, sihat walafiat. Kau tak nak tanya khabar aku ke?”
“Tak payah tanya kot. Aku yakin, Insyaallah, kau sihat. Malah aku nampak kau macam makin sihat.”
“Nak cakap aku gemuk lah tu.”
“Bukan lah. Berisi sikit. Okey lah tu. Nisya apa perkembangan?”
“Makin nakal. Pantang lepas, semua nak ditarik. Penat betul nak melayan.”
Walaupun kedengaran macam merungut dan membebel, namun aku yakin Fiona bahagia dengan kehidupan berkeluarganya. Jujurnya aku mengenali Fiona melalui Arisa Hana kerana Fiona ialah kawan baik Arisa Hana. Dan cafe ini milik mereka berdua dan seorang lagi kawan mereka yang aku tidak berapa kenal. Helen, jarang aku jumpa. Sebab Helen selalu ke luar negara mengikut suaminya. Khabarnya telah berkahwin dengan lelaki German yang berkerja dengan syarikat minyak terkemuka. Aku hanya pernah berjumpa Helen beberapa kali
“Haris..”
“Huh?”
“Mengelamun ke kau ni?”
“Mengelamun apa nya? Aku tengah makan ni. Nampak?” Aku menyuap Brioche yang telah aku sapu mentega, ke dalam mulut sambil mengunyah perlahan. Brioche, memang perlu dinikmati dengan kunyahan yang perlahan. Untuk menikmati teksturnya yang lembut itu.
“Aku nak tanya kau sikit boleh?”
“Sikit saja, boleh.” Aku menyuap lagi Brioche ke dalam mulut.
“Kau dengan Arisa Hana, ada apa-apa ke?”
“Apa-apa tu apa?”
“Jangan buat-buat tak faham boleh tak? Aku tahu kau faham.”
“Kalau 'apa-apa' yang kau maksudkan itu ialah hubungan romantik, baik kau tanya Arisa Hana. Aku no komen.”
“Huh, jawapan standard artis. Ni aku tak gemar ni.”
“Kenapa tiba-tiba tanya ni?”
“Aku rasa aku tak patut cakap kat kau. Tapi aku yakin kau dah tahu pasal Arisa Hana dengan Adam kan?”
“Hmmmm.. Kau nak ajak aku mengumpat ke ni?”
“Bukan lah. Kes ni ada kena mengena dengan kau. Sebab tu aku rujuk kau.”
“Aik?”
“Mama si Arisa Hana tuduh kau yang rosakkan hubungan Arisa Hana dengan Adam. Khabarnya masih merajuk. Kau mengaku tak?”
“Huh?”
“Kau tak tahu ke? Arisa Hana tak cerita?”
URUSAN EMOSI.
Memang Arisa Hana tidak ada cerita apa-apa tentang “plot” mama dia tuduh aku yang menjadi punca putusnya hubungan dia dengan Adam. Satu masalahnya dengan Arisa Hana itu ialah dia tidak suka bercerita tentang hal peribadinya. Dia tidak sukakan situasi yang memerlukan dia buat “ulasan selari”. Dia lebih suka bercerita tentang isu semasa daripada bercerita tentang isu emosi dia.
Selepas bersarapan di Bitter & Sweet House, aku memandu pulang ke rumah. Aku meninggalkan Fiona dengan soalannya. Aku langsung tidak memberikan apa-apa jawapan kerana secara seriusnya, aku tidak ada jawapan. Mungkin aku patut balik berehat atau cuci kereta atau menonton TV saja di rumah. Namun sesuatu telah membuatkan kau menukar hala tuju. Aku memandu menuju ke Syurga Kasih. Mahu mencari jawapan kepada persoalan yang bermain dalam kepalaku pula.
Aku sampai di Syurga Kasih. Rumput dan tanah kelihatan masih basah. Mungkin hujan baru sahaja berhenti di sini. Pakcik pengawal menjengah dari 'pos kawalan'nya.
“Assalamualaikum pakcik.”
“Waalaikumussalam.” Pakcik Karim menghampiri. “Oh, Encik Haris. Lama tak datang. Pakcik hampir-hampir tak cam tadi. Ingat siapalah tadi segak benar.”
“Pakcik apa khabar? Sihat?” Aku menyalami lelaki lebih separuh abad itu.
“Alhamdulillah, sihat. Kamu pun nampak sihat ni. Makin segak. Sudah kahwin?” Pakcik Karim sengeh. Menampakkan gigi palsunya yang tersusun kemas.”
“Belum lagi pakcik.”
“Ingatkan dah lama tak datang, sudah kahwin.”
“Tak ada lah. Sibuk sikit dengan kerja. Tak ada masa ke mari.”
“Oh, bagus-bagus. Muda-muda ni lah kena kerja kuat. Biasalah tu sibuk. Dah tua macam pakcik ni, dah tak larat nak kerja kuat. Boleh jadi jaga saja.”
“Jaga pun kerja pakcik. Dapat rezeki halal juga.”
“Ya lah. Betul.. betul.. Ni datang nak jumpa Cik Arisa Hana?”
“Ya, pakcik.” Pakcik Karim memang sudah sedia maklum.
“Baiklah. Masuk.. masuk..” Pakcik Karim membuka pintu pagar luas-luas dan aku memandu masuk ke perkarangan Syurga Kasih.
Aku nampak kereta Arisa Hana yang berwarna putih. Sama warna dengan kereta aku. Maka aku parking kereta aku sebelah kanan kereta dia. Mematikan enjin dan berjalan masuk ke kawasan bangunan selepas mengunci kereta. Aku dapat lihat sekumpulan kanak-kanak sedang mencabut rumput diperkarangan, ditemani dua orang guru perempuan. Sempat aku berbalas senyuman. Aku tidak tegur kerana aku tidak berapa kenal dengan guru-guru itu. Aku mula melilau-lilau mencari Arisa Hana. Sengaja aku tidak mahu hubungi dia. Elok aku cari sendiri. Aku dapat dengar suara kanak-kanak di mana-mana saja. Hari ini hari Sabtu. Setahu aku hari Sabtu ialah hari mereka mengemas dan membersihkan Syurga Kasih. Aku nampak sekumpulan kanak-kanak sedang membasuh kolam ikan. Mereka nampak gembira walaupun kena buat kerja. Sambil buat kerja sambil bergelak ketawa main air. Aku meneruskan pencarianku. Mana Arisa Hana ni? Kan lebih senang kalau aku call dia saja. Namun suara dalam hati aku berdegil mahu terus mencari. Aku terus melilau mencari. Cuba untuk menguji instinct sendiri. Aku yakin boleh jumpa. Tetapi..
“Haris??”
“Errr..” Nampaknya Arisa Hana yang jumpa aku dulu.
“Apa awak buat kat sini?”
“Cari awak.”
“Cari saya? Kenapa?”
“Saja. Bosan kat rumah. Tak tahu nak pergi mana. Lalu saya memandu membuta-tuli. Tiba-tiba sampai ke sini.”
“Hahaha.. Ada-ada saja lah. Kacaknya hari ni. Baju biru.. saya suka.”
“Errr..” Tak semena-mena aku jadi malu dan terkedu dengan pujian itu. Apa dah jadi dengan aku ni?
“Dah makan?”
“Dah. Tadi makan kat cafe awak.” Erk? Alamak. Aku tak patut beritahu dia aku pergi cafe dia tadi. “Errr, kenapa dengan muka awak ni?”
“Kenapa?” Dia menyentuh pipinya sendiri. Itu adalah tindakan luar kawalan yang biasa kita lakukan bila orang tegur tentang muka kita.
“Comot. Warna-warni.”
“Oh, tadi tolong budak-budak lukis mural.” Dia senyum.
"Lukis mural ke lukis muka?"
"Lukis mural la. Ish.." Dia moncong konon-konon bengang.
“Dah siap ke?”
"Lukis mural ke lukis muka?"
"Lukis mural la. Ish.." Dia moncong konon-konon bengang.
“Dah siap ke?”
“Belum. Ada lagi banyak dinding nak kena lukis. Awak nak tolong ke?”
“Boleh juga.”
“Betul ni?”
“Betul la.” Dia pandang aku lama. Mungkin tidak percaya yang aku ada bakat melukis mural. “Kenapa? Awak tak percaya saya boleh melukis kan?”
“Adalah sikit tidak percaya.”
“Percayalah.”
“Okey. Jom.”
Aku diberi satu dinding berukuran 3 kaki lebar kali 7 kaki tinggi. Biar betul? Serupa macam ukuran kubur saja.
“Nak lukis apa ni?”
“Lukis sajalah apa yang awak nak lukis. Jangan lukis yang lucah-lucah sudah lah.”
“Awak ingat saya ni gersang sangat ke?”
“Saya tak cakap apa-apa pun. Kat sini semua peralatan ada. Awak boleh guna.” Dia sengeh dan meninggalkan aku sendirian mengadap dinding kosong itu. Tiba-tiba aku hilang punca. Apa aku nak lukis ni? Arisa Hana memang sengaja nak kenakan aku. Aku datang sini nak cari dia. Dia suruh aku lukis mural pula. Tapi salah aku juga. Aku yang menawarkan diri untuk tolong lukis mural ni.
Arisa Hana ialah salah seorang sukarelawan di Rumah Anak-Anak Yatim Syurga Kasih ini. Setiap hari Sabtu dia akan ke sini. Kadang-kadang tidak kira hari apa. Asal ada hari yang lapang, memang ke sini saja dia akan tuju. Aku kagum dan hormat dengan minatnya ini. Bila aku tanya kenapa mahu buat ini semua? Jawabnya;
“Saya suka. Saya tidak perlu bercakap banyak di sini. Kalau bercakap pun, dengan budak-budak kecil yang masih naif dan memerlukan kasih sayang. Sukarelawan-sukarelawan dan cikgu-cikgu kat sini pun baik-baik. Suasana di sini pun tenang dan tidak menyesakkan kepala.”
Memang betul apa yang dia kata. Memang susana di sini tenang dan tidak menyesakkan kepala. Ianya terletak tidak jauh dari kawasan bandar tetapi kawasan yang dikelilingi hutan simpan ini memberikan satu pengalaman seolah-olah berada di desa.
“Apa awak sedang mengelamun tu?” Tiba-tiba Arisa Hana muncul. Di tangannya ada sebotol air mineral.
“Err, saya sedang berfikir.”
“Tentang?”
“Awak..”
“Kenapa pula fikir tentang saya?”
“Entah. Terlalu banyak tanda tanya bermain dalam kepala saya.”
“Contohnya?”
“Awak suka saya ke?”
“Suka.”
“Betul ni?”
“Hmmm.”
“Jadi betul lah bila mama awak tuduh saya yang merosakkan hubungan awak dengan bekas tunang awak?”
“Eh, mana ada. Mana awak dengar cerita ni? Tak ada sesiapa yang merosakkan hubungan sesiapa. Ianya memang sudah tertulis begitu. Jangan fikir terlalu banyak. Nah, air.”
“Terima kasih.” Aku sambut huluran itu.
“Cepatlah lukis. Tak siap, tak boleh balik.” Dia berlalu lagi meninggalkan aku. Ada masa aku tidak faham dengan Arisa Hana. Bila dia cakap dia suka aku tadi, aku masih was-was. Aku tidak tahu maksud sebenar perkataan suka yang dia tuturkan itu. Suka yang macam mana? Suka kawan atau suka lebih dari kawan?
“Awak..” Aku menguatkan sedikit suara memanggilnya. Bukan melaung. Aku cuma menguatkan suara.
“Hmmm?” Arisa Hana menoleh.
“Errr...”
“Apa?”
“Bila nak bersih rumah baru awak tu.” Aku tidak jadi hendak tanya soalan sebenar. Hanya soalan bersih rumah yang terpacul dari mulut.
“Tak payah lah. Saya akan upah orang buat. Tapi jangan lupa minggu depan ya.”
“Oh, okey. Tak lupa.” Aku terlupa sebenarnya. Tapi sekarang aku ingat. Ingat lagi pagi hari Isnin lepas Arisa Hana hubungi aku? Dia ada agenda yang memerlukan pertolongan aku. Tapi bukan agenda bersihkan rumah. Agenda ini lebih serius dan penting. Dan ketika ini, aku masih bermain dengan emosi serta perasaan ingin tahu yang membuak-buak, di mana situasi begini sebenarnya jarang berlaku dalam hidup aku. Atau sudah lama tidak berlaku kerana aku cuba sedaya upaya untuk mengelaknya.
.... bersambung
~LoveMeLoveMeNot~
Thursday, 24 November 2011
Jealousy~
Atau dalam bahasa Melayunya bermaksud rasa cemburu. Macam mana pula dengan maksud perkataan Envy? Hmmm, lebih kurang je tapi digunakan dalam situasi yang berbeza. Yang penting maksudnya membawa ke arah sesuatu sifat yang “menyakitkan” dan mampu memusnahkan diri sendiri jika tidak dibendung dengan akal yang waras. Saya tidak mahu kupas lebih lanjut tentang maksud perkataan cemburu itu kerana saya percaya anda semua celik IT. Maka, Google! ya saudara saudari. Saya cuma mahu kupas mengenai jenis-jenis kes cemburu dan kesan yang dibawanya kepada manusia. Ada pendapat mengatakan cemburu adalah sejenis penyakit. Kalau sejenis penyakit, maka ia tidak bagus. Cemburu ini tergolong dalan salah satu jenis penyakit hati. Duduk bersama-sama dengan penyakit dengki, iri hati dan busuk hati. Package ya saudara saudari. Jadi elok jangan hampiri penyakit ini.
Tadi, masa tengah makan ice cream di sebuah kompleks membeli belah yang terletak di ibu kota, ada satu drama berlaku. Sedang duduk di meja menikmati ice cream bersama-sama kawan baik saya, tiba-tiba ada satu drama berlaku di meja sebelah. Ada seorang ibu dengan 2 anak-anaknya yang pada pandangan mata saya berumur dalam lingkungan 8-11 tahun. 2 orang anak-anak itu makan ice cream perisa yang berbeza-beza. Tapi tiba-tiba yang sorang tu cemburu dengan adik dia sebab ice cream adik dia ada buah strawberry.
“Kenapa aiskrim adik ada strawberry?” Dia bengang, dia ambil sebiji strawberry adiknya dan adiknya melaung menangis. Langsung bergaduh. Si ibu naik angin dengan kelakuan anaknya yang nakal itu. Maka mula membebel-bebel marah. Saya tidak curi dengar, tapi memang terdengar, sebab sebelah meja saja. Kata si ibu:
“Abang kan dah pilih aiskrim pisang. Memang lah tak ada strawberry. Ada pisang.”
“Nak strawberry jugak. Nak strawberry jugak.”
Si anak terus buat perangai yang menguji kesabaran si ibu. Langsung si ibu bagi pelempang sebijik.
Huh?? Terkejut saya dan kawan saya. Biar betul?? Peringatan!! Jangan tiru aksi ini. Saya tak tahu apa masalah dan tekanan yang dihadapi si ibu itu dalam melayan kerenah anaknya yang nakal itu. Tapi seriously, memang tidak diduga dia melempang anaknya itu. Adoi.. Itu contoh cemburu yang simple. Tengok, budak-budak pun dah reti cemburu walaupun cara dia cemburu itu memang patut diberi hadiah pelempang dengan ibunya. Cemburu yang bukan-bukan.
Penyakit cemburu ini sebenarnya memang dah lama wujud. Disebabkan insiden si ibu dan anak-anaknya dengan ice cream tadi, saya tiba-tiba terfikirkan satu contoh cemburu yang sudah mula wujud sekian lama dahulu iaitu cemburu syaitan terhadap Nabi Adam a.s. Di mana syaitan sakit hati kerana disuruh sujud oleh Allah s.w.t kepada Adam a.s. Dan dia cemburu dengan darjat yang dikurniakan kepada Adam a.s. Sehingga menyebabkan dia dimurkai Allah.s.w.t. Disebabkan cemburu dan busuk hatinya itu, syaitan mula berdendam dan berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam.a.s.
Serius nampaknya kes cemburu ini. Tapi betul ke cemburu ini menghala kepada yang negatif sahaja? Hmmm, nanti saya ceritakan. Saya mulakan dengan jenis-jenis dan situasi cemburu.
Kes Cemburu Nombor Satu:
Cemburu dalam bercinta. Maksudnya cemburu dengan pasangan cinta anda atau suami/isteri. Selalunya orang macam ni punya perasaan tidak selamat dalam dirinya. Tidak yakin diri, takut pasangannya curang dan sebagainya. Paranoid. Ini adalah jenis cemburu yang sangat famous diperkatakan kerana kesnya banyak benar. Sampai dah naik lali dan bosan mendengarnya. Ada orang kata, tak salah cemburu dengan pasangan. Standard la tu. Saya kata, betul juga tu. Memang tak salah. TAPI!! Hmmm, ada tapinya. Tapi jangan cemburu melampau-lampau. Atau orang panggil cemburu buta. Sedarkah anda sekalian, cemburu buta boleh memusnahkan sesebuah hubungan cinta dan hubungan jiwa?
Contoh cemburu buta:
1. Cemburukan kawan-kawan pasangan anda. Selalunya yang perempuan akan cemburu dengan kawan perempuan pasangannya. Atau yang lelaki akan cemburu dengan kawan lelaki pasangannya. Tolonglah.. In here! Please!!
2. Cemburukan ahli keluarga pasangan. Pasangan hendak pergi kenduri jumpa sanak saudara pun nak cemburu ke? Hello? Ada sesiapa boleh tolong orang jenis macam ni tak?
3. Cemburukan pasangan sendiri. Pasangan beli kereta baru. Hang cemburu. Lantak pi la kat dia. Ada rezeki dan jodoh, jadi hak hang jugak nanti. Huhuhu..
4. Cemburukan privacy dan aktivit masa lapang pasangan. Bila pasangan pergi beriadah, bercuti, bergembira.. dia cemburu. Jenis tak boleh tengok orang bergembira dengan orang lain. Dia mula jadi tak sedap badan. Kalau nak gembira, gembira dengan dia saja. Tak boleh dengan orang lain. Asyik nak berkepit saja. Bit**!!
Contoh cemburu buta:
1. Cemburukan kawan-kawan pasangan anda. Selalunya yang perempuan akan cemburu dengan kawan perempuan pasangannya. Atau yang lelaki akan cemburu dengan kawan lelaki pasangannya. Tolonglah.. In here! Please!!
2. Cemburukan ahli keluarga pasangan. Pasangan hendak pergi kenduri jumpa sanak saudara pun nak cemburu ke? Hello? Ada sesiapa boleh tolong orang jenis macam ni tak?
3. Cemburukan pasangan sendiri. Pasangan beli kereta baru. Hang cemburu. Lantak pi la kat dia. Ada rezeki dan jodoh, jadi hak hang jugak nanti. Huhuhu..
4. Cemburukan privacy dan aktivit masa lapang pasangan. Bila pasangan pergi beriadah, bercuti, bergembira.. dia cemburu. Jenis tak boleh tengok orang bergembira dengan orang lain. Dia mula jadi tak sedap badan. Kalau nak gembira, gembira dengan dia saja. Tak boleh dengan orang lain. Asyik nak berkepit saja. Bit**!!
Saya tertarik dengan satu poem yang ditulis oleh Rose de Ramar;
Jealous Heart~
You’re tired
Yes you’re tired
Of her insecurity
That burns your soul
But how could you tame
The demon in her
Her struggle is harsh
Your battle is long
Both of you have no peace at all
Yes you’re tired
Of her insecurity
That burns your soul
But how could you tame
The demon in her
Her struggle is harsh
Your battle is long
Both of you have no peace at all
Seriously, memang betul. Pada pendapat saya, hidup dengan seseorang yang kuat cemburu diibaratkan macam hidup dibelenggu dengan duri-duri melilit di badan. Jiwa tersiksa ibarat dalam “neraka”. Langsung tidak akan menemui ketenangan, kebahagian dan kebebasan. Malah setiap hari yang dilalui penuh dengan rasa serabut dan rimas tahap maksima. Maaf kalau perumpamaan saya ini kedengaran keterlaluan tapi jelasnya pada pandangan saya, memang begitu. Saya bercakap melalui pengalaman sendiri dan kawan-kawan. Saudara saudari, kuat cemburu itu akan membawa kepada cemburu buta. Tak ada bezanya. Hanya kemusnahan sahaja yang akan berlaku dalam hubungan ini. Jadi tolonglah.. jadi dewasa, beri ruang, beri kepercayaan dan senyum. Tidak susah pun.
Kes Cemburu Nombor Dua:
Kes suka buat pasangan cemburu. Kes ini saya tak reti nak cakap apa. Saya pun tidak tahu apa yang orang macam ini fikirkan dan apa agenda orang ini. Mungkin niatnya ialah hendak menguji sejauh mana pasangannya sayangkan dia. Maka dia cuba-cuba hendak menguji tahap cemburu pasangannya dengan buat sesuatu yang bodoh. Pada dirinya, cemburu itu tandanya sayang. Kalau cemburu, sayang. Kalau tak cemburu, tak sayang. Ya ke? Hmm.. Apa-apa pun jangan salah langkah pula. Pada pendapat saya, semua tu tidak perlu. Tak payah lah nak uji-uji rasa sayang dan cemburu pasangan anda dengan melampau-lampau. Silap hari bulan, kawan tu cabut lari sebab rasa kamu tu serupa tidak waras dan tidak percayakan yang dia sayang kamu.
Kes Cemburu Nombor Tiga:
Cemburukan dengan kawan/ rakan sekerja/ musuh/ bos... bos?? Ada kes:
“Aku cemburu betul dengan bos aku tu. Dia ada secretary cun, seksi.. Aku tak ada.”
Huh? Seriously? (nyitnyitnyitnyit.. bunyi cengkerik dalam keheningan malam yang sunyi) Maksudnya saya terdiam, no komen lah. Serius memang tak tahu nak komen apa? Saya pun cakap:
“Apa susah? Kau jadi lah bos.”
“Macam mana nak jadi bos? Aku kan kuli?”
**tahu pon..
“Berhenti lah kerja, buat bisnes sendiri, jadi bos, ambil sorang awek jadi secretary. Settle!”
“Tapi aku tak berani la nak buat bisnes sendiri.”
Hmmmmmm.. HUH!!
Nampak?? Ha, ini cemburu yang mengarut. Sebenarnya cemburu dengan kawan/ rakan sekerja/ musuh dan BOS ini boleh membawa kepada cemburu yang positif kalau otak kita berfikir secara positif. Contoh mudah;
1. Saya cemburu dengan kawan saya yang kurus kering. Maka saya nekad mahu kurus kering macam dia juga. Saya pun berusaha mengurus keringkan badan saya dengan cara berdiet seimbang dan bersenam sesedap rasa.
2. Saya cemburu kan kulit kawan saya yang putih melepak bak telur dikupas. Maka saya tanya, apa rahsianya? Dia kata mandi susu. Jadi habis semua susu kat Carefour saya balun sampai habis stock.
3. Saya cemburukan pintu pagar rumah jiran saya yang berwarna emas dan ada kejutan elektrik. Maka saya beli satu. Apa susah kan? Tapi tak sampai 3 hari, saya sendiri yang kena kejutan elektrik.
4. Saya cemburu kawan saya boleh buat banyak duit, hidup senang lenang. Maka saya berusaha mencari “lubang” untuk membuat duit. Malah saya akan pastikan duit-duit itu beranak-pinak sampai tujuh keturunan makan pun tak habis. Kalau lebih, lagi bagus. Rezeki jangan ditolak.
5. Saya cemburu dengan bos saya pakai kereta besar. Maka saya berhenti kerja. Buat bisnes sendiri dengan berjaya dan beli kereta lagi besar dari dia.
Huhuhu.. ini contoh ya. Boleh nampak tak? Cemburu yang positif ini boleh membawa kepada peningkatan positif dalam hidup kita. Kita akan menjadi lebih kuat dan berdaya saing untuk menjadi lebih baik dan lebih baik lagi. Jangan asyik cemburu bodoh saja. Cemburu bodoh itu bermaksud cemburu tapi langsung tak buat apa-apa pun. Kesudahannya, cemburu sampai jadi sakit jiwa dan masuk hospital sakit jiwa.
Kes Cemburu Nombor Empat:
Cemburu sesama adik beradik. Boleh rujuk kes ice cream kat atas. Ini perkara biasa. Maka peranan ibu bapa amat penting. Mereka perlu peka dan fikir sebelum bertindak. Kadang-kadang tu, ibu bapa tidak sedar mereka telah melebihkan yang itu dan itu sehinggakan mengabaikan yang ini. Macam tu lah. Cemburu sesama adik beradik boleh memupuk rasa dendam dan rasa tidak puas hati sesama adik beradik. Silap-silap rasa tidak puas hati itu akan kekal hingga anak itu dewasa. Malah tanggapan anak yang tersisih ini terhadap ibu bapa mereka pun akan jadi tidak elok. Maka, elakkan memilih kasih untuk mengelak masalah cemburu sesama adik beradik ini berputik di antara anak-anak anda.
Kes Cemburu Nombor Lima:
Cemburu sesama jantina. Biasanya, secara jelas dapat dilihat dan selalu didengar ialah; Makhluk berjantina perempuan ini memang suka cemburu sesama mereka. Saya kurang faham dengan sikap mereka ini kerana bila berdepan dengan topik cemburu sesama jantina ini, saya baru sedar bahawa saya tidak cukup feminin untuk cemburu dengan sesama jantina saya. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin saya jenis blur. Berbalik kepada cemburu sesama jantina, ianya sangat menjengkelkan. Contoh:
Cemburu suami orang lebih handsome, tinggi lampai dan badan ketul-ketul, kerja bagus, pandai cakap 7 bahasa, pandai pandu kapal selam dan macam-macam lagi. Hmmm, tolonglah! Itu suami orang lain. Jadi tak payah ambil tahu. Tolonglah berpijak di bumi yang nyata. Bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepada anda. Suami anda adalah yang terbaik untuk anda. Jangan nak mengada-ngada
Tapi saya tidak kata kaum perempuan saja yang suka cemburu dengan kaum sejenis. Kaum lelaki pun tidak terkecuali. Cuma kita jarang dengar sebab mereka ni, kalau cemburukan kehebatan sesama jantina mereka, mereka akan diam saja. Simpan dalam hati.
Kes Cemburu Nombor Enam:
Cemburu nombor enam saya panggil cemburu klasik sebab saya tidak tahu nak bagi nama apa. Cemburu klasik ini selalunya berlaku tanpa kita sedari dan selalunya ia jenis cemburu yang lucu dan tidak masuk akal. Contoh cemburu klasik ialah;
1. Saya cemburu dengan kucing saya. Kan best kalau jadi kucing, tak payah kerja.
2. Saya cemburu dengan pokok. Hidupnya tenang dan tak payah fikir pasal dosa pahala.
3. Saya cemburu dengan kereta boyfriend saya sebab hari-hari boyfriend saya duk belai kereta dia tu. Malah saya rasa boyfriend saya lebih sayangkan kereta dia itu daripada saya.
Hahahaha.. contoh juga ya. Jangan ambil serius yang part boyfriend tu. Ianya satu jenis cemburu yang kita tidak boleh buat apa-apa pun. “Mereka” yang tidak berakal atau bernyawa itu tidak bersalah apa-apa pun dengan kita. Jadi, secara bijaknya tak payah cemburu dengan kucing, pokok dan kereta itu.
Kesimpulannya:
Cemburu ialah sejenis penyakit hati yang dasyat jika tidak dibendung dengan baik. William Shakespeare menggambarkan cemburu itu sebagai Green-Eyed Monster. Gambaran itu seperti ingin memberitahu bahawa hodohnya sifat cemburu itu.Ia sangat merbahaya dan mampu memakan jiwa seseorang itu dari dalam. Ia ibarat musuh dalam selimut. Kerana penyakit cemburu ini, manusia akan menjadi musuh kepada dirinya sendiri dan semestinya menjadi musuh kepada orang yang dia cemburui itu.
Iago:
O, beware, my lord, of jealousy;
It is the green-ey'd monster, which doth mock
The meat it feeds on. That cuckold lives in bliss,
Who, certain of his fate, loves not his wronger:
But O, what damnèd minutes tells he o'er
Who dotes, yet doubts, suspects, yet strongly loves!
O, beware, my lord, of jealousy;
It is the green-ey'd monster, which doth mock
The meat it feeds on. That cuckold lives in bliss,
Who, certain of his fate, loves not his wronger:
But O, what damnèd minutes tells he o'er
Who dotes, yet doubts, suspects, yet strongly loves!
Othello:
O misery!
**Seperti biasa, kita tidak boleh berlebih-lebih dalam setiap perkara. Begitu juga cemburu..
~LoveMeLoveMeNot~
Subscribe to:
Posts (Atom)