Monday, 5 December 2011

Teh Carnation~




     Saya amat menggemari bunga Carnation kerana fizikalnya yang kelihatan cute, comel dan “mesra”. Carnation lebih kelihatan “mesra” berbanding Rose yang lebih kepada sofistikated. Apa saja alasannya pun, kedua-dua jenis bunga ini ada kelebihannya dan keunikannya yang tersendiri. Baiklah, kita lupakan tentang fizikal Rose dan Carnation kerana kali ini, saya mahu bercerita tentang kelebihan dan keunikan Teh Carnation.




     Teh Carnation mempunyai banyak kegunaan dan sangat popular di kalangan wanita yang ingin menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Ia sangat membantu wanita untuk:


1. Merawat masalah kemurungan

2. Membantu mengurangkan tekanan

3. Mengurangkan penyakit mabuk laut

4. Membantu merehatkan fikiran dan tubuh

5.Merawat ketegangan otot

6. Merawat ketidakselesaan akibat PMS

7. Merawat demam, sakit perut dan melawan bakteria

8. Mendapatkan kulit yang putih dan lembut

9. Menghilangkan bintik-bintik hitam dan tanda-tanda penuaan

10. Membantu melambatkan berlakunya kedutan pada kulit.

11. Bagus untuk kesihatan paru-paru dan hati.

12. Bagus untuk menjaga kesihatan organ pembiakan wanita

13. Menyeimbangkan hormon wanita

14. Dapat membantu membesar, membentuk dan mencantikkan payu dara.. ;)



Bau, rasa dan warna:

     Bau- Bau floral yang tidak keterlaluan.

     Rasa- Teh Carnation mempunyai rasa yang lembut. Tetapi jangan terkejut jika anda dapat merasa sedikit rasa pedas yang tidak terlalu ketara.. :)



     Warna- Warnanya berbeza-beza, bergantung kepada warna bunga Carnation yang anda rendam. Hari ini saya rendam bunga berwarna merah, maka warna tehnya menjadi warna pink. Jika direndam lebih lama, ia akan bertukar menjadi warna merah Ribena Strawberry, seperti dalam gambar di atas. Tetapi, sebaik-baiknya hanya rendam selama 5 minit, sudah memadai jika anda tidak mahu rasa pedasnya menjadi terlalu ketara.


Cara-cara menyediakannya:






     Ambil segenggam bunga Carnation. Masukkan ke dalam teko. Kemudian tuangkan air mendidih bersuhu 90-95 darjah celcius, sebanyak 500 ml ke dalam teko. Biarkan selama 5 minit dan ianya sudah sedia untuk dinikmati. Untuk mendapatkan rasa yang berbeza, anda boleh tambah sedikit madu.





p/s: Jika mahu kesan yang lebih baik, boleh direndam dengan bunga Rose dan bunga Ginseng.





** Kepada wanita mengandung atau yang mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda sebelum mencuba teh ini.




~LoveMeLoveMeNot~

No comments:

Post a Comment